TerasMalaysia

10 Jenis Zakat Harta Yang Orang Tak Tahu Boleh Bantu Asnaf Yang Memerlukan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

10 Jenis Zakat Harta Yang Orang Tak Tahu Boleh Bantu Asnaf Yang Memerlukan

Apakah maksud zakat harta? Secara amnya, zakat merupakan rukun Islam yang keempat dan bertujuan untuk menyucikan harta dengan memberikan sebahagian daripadanya kepada golongan yang memerlukan. Zakat harta ialah zakat yang merangkumi pendapatan, hasil pertanian, ternakan, perniagaan, simpanan, emas dan perak. Setiap zakat harta ada pengiraan atau anggaran harta yang akan dikenakan zakat. Jenis-jenis harta yang termasuk dalam zakat harta adalah seperti berikut:

1. Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan keatas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim.

2. Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

3. Zakat Wang Simpanan

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

4. Zakat Emas & Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).

5. Zakat Pelaburan & Saham

Dalil dan hujah mengeluarkan zakat pelaburan adalah seperti berikut:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Sabda Rasulullah s.a.w:
Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada Abi ‘Amr Ibnu Himas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” ‘Aku menjawab: Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya.” (Hadis riwayat Syafi’I, Daruqutni, dan Baihaqi)

6. Zakat KWSP

Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP.
KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

7. Zakat Tanaman Padi

Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan jelas dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya [Surah Al-Anam (6): 141]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud:

Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%) (HR Bukhari)

8. Zakat Penternakan

Semua binatang ternakan diciptakan Allah SWT untuk kepentingan manusia. Ia digunakan untuk ditungganginya sebagai kenderaan, dimakan dagingnya, diminum susunya dan diambil bulu serta kulitnya. Oleh kerana itu, Allah SWT meminta para pemilik binatang bersyukur atas nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada mereka. Realisasi dari syukur tersebut adalah dengan tuntutan berzakat.

9. Zakat Takaful

Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-syaratnya.

10. Zakat Harta Galian dan Harta Karun

Secara asasnya perbahasan ini berkisar tentang maadin, kanz dan rikaz. Maadin dengan kata lain adalah bahan galian berharga, yang dengan sendirinya tersimpan di dalam bumi. Manakala kanz adalah harta yang ditanam di dalam bumi oleh tangan manusia. Istilah Rikaz pula mencakupi kedua-dua maadin dan kanz. Namun, umumnya setiap harta yang tertanam di dalam bumi dipanggil sebagai rikaz.

Hikmah Zakat

Keberkatan zakat itu bukan sahaja boleh dirasai dalam penambahan dan kesucian rezeki selepas berkongsi, tetapi nikmat apabila melihat orang lain bahagia dapat meneruskan hidup atas sedikit perkongsian kita. Sedikit bagi kita, segalanya bagi mereka.

Anda perlu ingat zakat merupakan salah satu cara untuk menyucikan harta selain sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Jangan menggunakan ayat-ayat atau alasan-alasan klise untuk melarikan diri daripada menyempurnakan kewajipan dalam menunaikan zakat.

Kesempurnaan zakat itu bukan sahaja pada zakat fitrah, tapi juga pada kesempurnaan zakat harta pada seseorang.

Sedarilah bahawa menunaikan zakat itu merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima malah zakat juga adalah manifestasi kesyukuran kita terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bayar zakat hidup berkat! Ingatlah, sedikit bagi anda, segalanya buat mereka.

Longgokan Ayat Suci Al-Quran Ditemui Ditepi Jalan Menjadi Tanda Tanya

Sumber

Leave a Comment