11 adat dan budaya perkahwinan paling pelik yang ada di seluruh dunia, Malaysia tak cukup ‘gempak’ lagi
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa pasangan yang dilamun cinta atau juga buat pasangan yang telah dijodohkan oleh ahli keluarga mereka untuk hidup semati bersama. Seringkali majlis perkahwinan ‘normal’ akan meraikan pasangan pengantin dengan acara dan majlis yang penuh harmoni dan gembira.
Namun, tidak bagi di sesetengah negara dan kaum kerana terdapat adat perkahwinan pelik dikenakan kepada bakal pengantin sebelum pasangan terbabit bergelar suami isteri. Tradisi ini wujud kerana mereka percaya pasangan pengantin boleh mendapat kebahagian hingga ke akhir hayat.
1. China – 30 Hari Sebelum Berkahwin Pengantin Perempuan Wajib Menangis Sejam Sehari

Di wilayah Sichuan, China pengantin perempuan disuruh menangis setiap hari selama satu jam sepanjang 30 hari sebelum hari perkahwinan. 10 hari kemudian, si ibu pula turut menangis dan selang tujuh hari, si nenek pula menangis. Masyarakat di sana percaya ritual menangis sebagai cara menunjukkan rasa kasih dan sayang yang mendalam.
2. Jerman – Disuruh Bersihkan Sisa Pinggan Porselin Yang Dipecahkan Setiap Tetamu

Di Jerman, dalam majlis perkhawinan tetamu akan memecahkan pinggan porselin atau seramik dalam ritual dikenali sebagai polterabend. Tetapi, tetamu dilarang memecahkan gelas kaca kerana kaca adalah tanda kebahagian. Jika pecah, ia bermaksud ada perkara buruk akan berlaku. Selepas ritual Polterabend selesai, pasangan pengantin diminta membersihkan sisa pinggan yang pecah, bertujuan mengajar mereka kehidupan berumah tangga bukanlah mudah.
3. Kenya – Ludah Pengantin Perempuan

Suku Maasai di Kenya mengamalkan ritual perkahwinan pelik iaitu bapa kepada pengantin perempuan akan meludah kepala anaknya. Masyarakat di sana percaya dengan meludah, pengantin terbabit akan dijauhkan daripada musibah.
4. Congo – Tak boleh senyum ketika hari perkahwinan

Jika ke majlis perkahwinan, gelak ketawa dan senyum meleret para tetamu, sanak saudara dan pengantin akan terserlah menandakan hari bahagia sedang diaraikan. Namun tidak bagi kaum di Congo. Tetamu, keluarga termasuk pengantin dilarang sama sekali untuk senyum. Masyarakat di sana percaya perkahwinan ialah perkara yang serius. Justeru, pengantin tidak dibenarkan tersenyum walaupun ketika gambar mereka diambil.
5. Scotland – Hitamkan Pengantin Dengan Bancuhan Tar

Menghitamkan pengantin ialah tradisi yang sudah lama diamalkan di Scotland. Sebelum perkahwinan berlangsung, pengantin akan dihitamkan segala campuran benda kotor diperbuat daripada susu basi, tepung, telur, sehinggakan bancuhan tar. Ia kononnya bertujuan untuk menghalau roh jahat yang mengganggu pengantin. Namun kini dikatakan kerap dilakukan sekadar suka-suka untuk memenuhi adat lama.
6. India – Rebut Kasut Pengantin

Di sesetengah kawasan di India, pengantin lelaki harus membuka kasutnya sebelum naik ke atas pelamin dan seterusnya akan menimbulkan kekecohan. Pihak keluarga pengantin wanita akan berusaha mencuri kasut itu manakala keluarga lelaki pula akan berusaha untuk melindunginya. Jika kasut berjaya dicuri, pihak pengantin lelaki perlu membayar sejumlah wang tebusan.
7. Fiji – Bagi gigi ikan paus

Di Fiji, apabila lelaki hendak meminang wanita pilihannya, dia perlu persembahkan gigi paus kepada bakal bapa mertuanya.
8. Mongolia – Tradisi hati ayam

Pasangan Mongolia yang mahu menetapkan tarikh perkahwinan mereka perlu membunuh seekor anak ayam dan memotongnya sambil memegang pisau bersama bagi mencari hati ayam yang sihat sehingga dorang berjaya.
9. Cuba – The Money Dance

Menurut ada di Cuba, setiap lelaki yang mahu menari bersama pengantin perempuan perlu pinkan duit pada baju pengantin perempuan untuk membantu pasangan pengantin baru ini bayar majlis kahwin mereka dan bulan madu.
10. Czech Republic – Letak bayi atas katil pengantin

Sebelum pengantin perempuan dan lelaki sah menjadi suami isteri di Czech, seorang bayi akan diletakkan di atas katil pasangan ini bagi memberikan restu dan tingkatkan kesuburan mereka. Apabila mereka dan berkahwin, tetamu akan renjis pengantin dengan beras, kacang hijau atau lentil yang dipercayai dapat memberikan kesuburan juga.
11. Norway – Pengantin perempuan pakai mahkota untuk halang roh jahat

Salah satu tradisi di negara Norway adalah, pengantin perempuan perlu memakai mahkota yang diperbuat daripada emas atau pun perak dan perlu ada beberapa charms kecil tergantung disekelilingnya. Dikatakan, bila pengantin perempuan bergerak, bunyi yang datang dari charms tersebut boleh menghalau roh jahat.