125 pekerja dikerah selepas sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya, hampir 20 tan sampah dikutip ambil masa 15 jam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

125 pekerja dikerah selepas sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya, hampir 20 tan sampah dikutip ambil masa 15 jam.

Baru-baru ini, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 telah berlangsung dengan meriah di Dataran Putrajaya dan difahamkan, sambutan itu telah menarik sehingga 100,000 pengunjung.

Namun, acara besar-besaran itu telah menyebabkan banyak sampah dibuang merata-rata selepas acara.

Menurut laporan, sampah sarap dilihat bersepah di kaki lima jalan raya sekitar Putrajaya.

Pihak Alam Flora iaitu syarikat yang terlibat dengan pengurusan sisa pepejal dan bahan buangan menerusi TikTok mendedahkan bahawa pihak mereka menganggarkan bahawa hampir 20 tan sampah dikutip oleh pekerja-pekerja pembersihan Alam Flora di Putrajaya selepas acara sambutan kemerdekaan itu.

Difahamkan lagi, seramai 125 pekerja pembersihan termasuk penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal jam empat pagi.

125 pekerja dikerah selepas sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya, hampir 20 tan sampah dikutip ambil masa 15 jam

Operasi pembersihan itu kemudiannya selesai jam tujuh malam.

Pihak Alam Flora juga telah menyediakan sebanyak 700 unit tong sampah bergerak yang pelbagai saiz di beberapa lokasi untuk memudahkan orang ramai membuang sampah.

Warganet pula berharap agar pekerja-pekerja Alam Flora beserta jentera mereka akan turut serta dalam perarakan merdeka pada tahun hadapan untuk mengenang jasa mereka.

Selain itu, ada juga netizen lain yang berpendapat bahawa pengunjung sambutan hari kemerdekaan yang akan datang untuk membawa sendiri plastik sampah untuk membuang sampah masing-masing.

@alamflorasdnbhd

Alam Flora menganggarkan hampir 20 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 di Putrajaya semalam. Sebanyak 125 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal 4 pagi dan berakhir sekitar jam 7 malam. Kerja-kerja pembersihan dipecahkan kepada lapan subzon iaitu Zon 1 – kawasan perarakan utama, Zon 2 – Presint 3, Zon 3 – Bulatan Gemilang , Zon 4 – di hadapan Kementerian Kewangan, Zon 5 – Dataran Putra, Zon 6 – Lebuh Bestari , Zon 7 – Persiaran Perdana Presint 4 dan Zon 8 – Monumen Alaf Baru, Presint 2. Alam Flora telah menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz dan ditempatkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuang sampah. #JomRawatBumi

#CurbOceanPollution #HariKemerdekaanKe66 #EnhancingLifeEnrichingCommunities #fyp #masukberanda

♬ Negaraku – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir
BACA:
Wanita untung besar lepas tangkap ikan gergasi seberat 52kg disebuah sungai, dijual dengan harga RM17,039
Tak sangka, rupanya ada cara paling senang nak hantar gambar resolusi tinggi guna Whatsapp yang ramai tak tahu
Wanita terkejut dapat tahu cacing pita 7.7cm bersarang dalam perut, membesar dan buncit seakan-akan hamil

Leave a Comment