TerasMalaysia

2 Disahkan Maut Di Tapak Perkhemahan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

2 Disahkaan Maut Di Tapak Perkhemahan

Dua disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi. Seorang daripadanya ialah kanak-kanak.

Bahagian Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, maklumat itu dikemas kini pihaknya setakat 7 pagi tadi.

Menurutnya, seramai 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan itu terbabit dengan kejadian runtuhan terbabit.

Kejadian turut menyebabkan 3 orang cedera.

“Sementara itu, 23 mangsa ditemukan selamat dan 51 lagi masih belum ditemukan,” katanya di sini, hari ini.

Sumber : Google Image

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa giat dilakukan.

“Pihak bomba juga dibantu pelbagai agensi.

“Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemas kini sehingga operasi selesai,” katanya.

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24 pagi.

Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (kira-kira 1.2 hektar).

Akibat Tanah Runtuh, Tapak Perkhemahan Menjadi Huru Hara

Leave a Comment