2 Gadis Ini Cuak Tiba-Tiba Ada Anjing Join ‘Healing’ Skali Buat Netizen Terhibur
Kesihatan minda adalah penting bagi memastikan pelbagai cabaran yang kita terima akan ditangani secara positif dan tidak memberi kesan mendalam.
Ramai tren “healing” di kalangan masyarakat, terutama di kalangan muda-mudi kini. Istilah kekinian ini kerap digunakan warganet untuk mengungkapkan sesuatu yang menyenangkan melalui media sosial.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan apabila dua orang gadis menjadi takut apabila dua ekor anjing duduk di depan mereka sewaktu tengah healing telah mencuri tumpuan.
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang gadis sedang meluangkan masa di tepi pantai sambil duduk di atas float mattress yang ada di situ.
Namun, perasaan riang bertukar menjadi gementar apabila dua ekor anjing tiba-tiba muncul dan duduk di depan mereka. Anjing berkenaan seolah-olah seperti bodyguard yang menjaga tuannya.
Perkara itu membuatkan kedua-dua gadis duduk diam tidak bergerak kerana takut akan terjadi apa-apa.
Baca : Si Ayah Dapat Rakam Anaknya Sedang Bermain Dengan ‘Sesuatu’ Raih Perhatian Netizen