3 malam berturut diganggu lepas ‘check-in’ rumah, patung bertukar arah dan kejadian pelik menimpa saat live

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

3 malam berturut diganggu lepas ‘check-in’ rumah, patung bertukar arah dan kejadian pelik menimpa saat live. Menempah penempatan sementara seperti hotel atau bilik homestay ketika berada di luar negeri terkadang boleh bertukar menjadi pengalaman seram. Itulah kejadian yang dialami oleh pemuda bernama Zarul Hafiz bila mana dia diganggu sesuatu saat tinggal bersendirian di sebuah rumah sewa bertempat di Johor.

Jam 3 pagi baru Zarul check-in rumah ni…Zarul terkejut ada 2 patung atas almari

Dalam video yang dikongsikan, ruangan rumah tersebut mempunyai hiasan berupa 2 buah patung perempuan seakan-akan penari Mak Yong. Kata Zarul pada malam pertama, objek itu menghadap ke arah yang berbeza. Namun pada hari kedua, dia merasa seram sejuk kerana patung tersebut berubah ke kiri seakan-akan sedang melihat Zarul tidur.

Mana datang asapppp dooo? Patung tu dah berubah tempat

Bukan sahaja bunyi yang pelik, bahkan ada juga ‘gurauan’ penyangkut baju tiba-tiba terlepas ke bawah walhal tiada siapa pun mengusiknya. Saat Zarul sedang pergi ke tandas dan tinggalkan sebentar telefon bimbit, penonton live TikToknya dikejutkan dengan bantal putih atas katil tumbang dengan sendirinya. Segelintirnya berkata mereka terlihat asap melintasi skrin rakaman.

Tak centre kot, fikirlah positif…

@zarul.hafiz Doakan malam ni malam keempat tiada apa berlaku #fyp #seram ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Setelah membaca komen netizen tentang bantal tumbang sendiri, Zarul cuba mengawal ketakutan dan berfikiran positif. Dalam sebuah video lain yang dihalakan ke almari patung tadi, satu kilasan putih telah muncul dengan laju namun tidak dapat dipastikan apakah bendanya.

BACA:
Tuala wanita sana-sini, makanan tidak dibuang dan basuh, hos AirBNB kecewa penyewa ‘lepas tangan’
“Selama 3 tahun aku kahwin dia layan aku macam permaisuri, benda ni terbongkar masa aku jaga dia ketika dia diserang strok”
“Bertungkus lumus aku cari duit nak halalkan dia, lepas malam pertama aku tanya dia, jawapan dia buat aku runsing”

Leave a Comment