TerasMalaysia

3 pelajar cekik rakan sampai mati lepas wang tebusan untuk beli komputer tidak ditunaikan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

3 pelajar cekik rakan sampai mati lepas wang tebusan untuk beli komputer tidak ditunaikan

Tiga pelajar sekolah menengah ditahan polis dan yang mengaku membunuh rakan mereka yang berusia 14 tahun.

Mereka menculik mangsa dan meminta wang tebusan untuk membeli komputer untuk bermain permainan video.

Mangsa dicekik selepas diberi makan rasgulla (pencuci mulut) dan minum minuman sejuk.

Mayat mangsa yang diikat di dalam guni ditemukan di sebuah kolam di bandar Krishnanagar, India pada Sabtu.

Polis menahan ketiga-tiga suspek dan membawa mereka ke mahkamah jenayah di Krishnanagar pada Ahad.

“Mangsa hilang petang Jumaat lalu ketika pergi ke kedai untuk membeli barang.

“Ibunya menerima panggilan yang meminta wang tebusan 300,000 rupee (RM16,894) pada keesokan harinya dan dia membuat laporan polis,” kata seorang pegawai tempatan.

Suspek membunuh mangsa selepas menyedari ibunya tidak dapat membayar wang tebusan yang mereka minta.

Ketiga-tiga penculik juga bimbang mereka akan ditangkap polis jika membebaskan mangsa.

Menurut sumber tempatan, bapa mangsa sudah lama meninggal dunia dan ibunya menyara hidup dengan bekerja menjaga orang sakit.

Baca : Mawla Muhammad disambut meriah di Melaka, lengkap berbaju melayu dan bertanjak

Leave a Comment