3 sekawan dari Malaysia ditahan pihak Arab Saudi, hanya kerana bergambar sambil angkat jari telunjuk.
Gempar di media sosial apabila seorang jemaah umrah dari Malaysia telah ditahan di Madinah oleh pihak berkuasa tempatan disalah tafsir sebagai pejuang Palestin.
Huda Izaham, salah seorang dari jemaah tersebut, telah berkongsi gambar yang menunjukkan dia berada di halaman Masjid Nabawi. Dalam gambar tersebut, beliau mengangkat jari telunjuknya ke langit, melambangkan keesaan Allah.
Huda mengungkapkan bahawa dia dan dua sahabatnya telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan kerana gambar tersebut. Mereka telah menjalani soal siasat selama 30 hingga 45 minit dan dibawa berjalan sepanjang 500 meter oleh pihak polis untuk memastikan mereka tidak cuba melarikan diri.
“Alhamdulillah kami dilepaskan. Syukur ada sahabat Abu Muadz yang boleh berbahasa Arab datang membantu,” katanya.
Sebelum ini, terdapat satu kes yang mencetuskan kontroversi apabila seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi didakwa ditahan oleh pihak berkuasa atas kritikan yang dibuat. Individu tersebut menggambarkan Arab Saudi sebagai dunia akhir zaman disebabkan pelacuran dan penjualan arak yang berleluasa.