
339 pegawai polis diambil tindakan dan dibuang sebab kesalahan yang sangat memalukan dan jijik
Seramai 339 pegawai polis yang menghadapi masalah disiplin telah terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari tahun lalu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan bahawa daripada jumlah tersebut, 294 pegawai atau 86.7 peratus telah ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak.
“Pertukaran tersebut dilakukan kerana pegawai polis yang terlibat didapati mempunyai masalah disiplin, integriti dan terlibat dalam kesalahan jenayah,” menurut jawapan bertulis yang diterbitkan di laman sesawang Parlimen.
Ini adalah dalam menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin.
Antara isu dan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai yang ditukarkan termasuk mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin, dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.
Pertimbangan dalam membuat keputusan tersebut mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada, iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) yang menjelaskan pertukaran tidak digunakan sebagai hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan.
Menjengah komen di media sosial, rata-rata netizen terkejut dan risau dengan jumlah pegawai bermasalah selain berpendapat tukar tempat bertugas tidak menyelesaikan masalah.
Segelintir berkata pegawai terbabit perlu diberikan tindakan atau hukuman yang lebih berat di mana ramai bersetuju mereka ini dibuang kerja.
Baca : Mufti dah mula berbincang nak buat kubur bertingkat di Malaysia, 2 negeri dah buat dah