4 selebriti yang namanya naik suatu ketika dahulu, ini yang terjadi kepada mereka selepas ‘menghilangkan diri’.
Perasan tak bahawa beberapa selebriti yang sebelum ini sangat popular kini jarang kita mendengar namanya?
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan selebriti ini ‘menghilangkan’ diri daripada industri hiburan. Antara punca tersebut termasuk tekanan sekeliling, kehilangan privasi, sehingga kepada ketidakmampuan untuk menikmati kehidupan seperti orang lain.
Dalam entri kali ini, Miss Murai ingin berkongsi dengan anda siapakah selebriti yang telah ‘menghilangkan’ diri daripada industri hiburan dan jarang kita dengar namanya. Bermula daripada…

Julia Hana
Penyanyi dan pelakon Julia Hana sangat popular selepas membintangi filem “Black Maria” dan “Sembilu.” Ketika itu, setiap watak yang dimainkan oleh Julia meninggalkan kesan kepada penonton dan peminatnya.
Menurut sumber, Julia kini tidak lagi terlibat dalam industri hiburan, dan pautan terakhirnya di Instagram adalah pada tahun 2020.
Juliana Banos

Juliana Banos, yang terkenal sebagai penyanyi, pelakon, dan model, sebenarnya mempunyai darah kacukan Melayu, Perancis, dan Sepanyol. Filem terkenalnya termasuk “Gila-Gila Pengantin” dan “Gerak Khas The Movie 2.”
Kini, Julia dikatakan lebih memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih pribadi, menumpukan sepenuhnya pada keluarga dan perniagaannya.
Baizura Kahar

Nama Baizura Kahar menjadi sebutan setelah wanita ini memulakan kariernya sebagai pelakon iklan, model, dan pelakon. Namanya semakin popular setelah berlakon dalam filem ‘Sepi’ arahan Kabir Bhatia dan meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada 2008.
Dalam tahun yang sama, Baizura mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada industri hiburan.
Anita Sarawak

Mesra disapa sebagai Kak Nita, penyanyi lagenda ini sangat popular sejak memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada usia yang sangat muda, iaitu pada usia 15 tahun.
Selepas ‘berhijrah’ ke Amerika Syarikat selama dua dekad, Anita kembali ke Singapura dan akhirnya ke Kuala Lumpur. Sekitar tahun 2012, Anita memutuskan untuk mengundurkan diri daripada industri hiburan dan kembali ke Amerika Syarikat. Kini, tidak ramai yang mengetahui apa khabar terkininya kerana penyanyi ini memilih untuk ‘menghilangkan’ diri.