5 dosa yang perlu dielak jika tidak mahu laluan rezeki tersekat-sekat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

5 dosa yang perlu dielak jika tidak mahu laluan rezeki tersekat-sekat

Rezeki merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Banyak ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi yang menceritakan mengenainya.

Setiap hari kita bekerja atau pergi berniaga. Semua ini adalah untuk mencari rezeki buat keluarga.

Namun peliknya rezeki seakan sukar. Ada sahaja masalah yang mendatang. Muhasabah jika ia berlaku pada diri.

Dosa yang menyekat rezeki.

1. Mencari harta dalam kemaksiatan. Ramai orang buat tapi tak perasan. Keluar bekerja hari masih gelap, pulang semula hari dah kelam, tapi gaji tetap tak mencukupi dan rasa sedikit. Ada perkara yang menyekat rasa cukup dan memadai iaitu meninggalkan solat 5 waktu. Pakaian dedah sana dedah sini, bergaul bebas, tabarruj dan sebagainya. Kerjalah sekuat dan selama manapun, rezeki kita tidak akan cukup kerana yang memberi kekayaan itu bukan bos atau majikan tetapi Allah yang kita tinggal-tinggalkan.

2. Nampak berharta tapi kedekut untuk memberi. Kata ulama orang yang kedekut untuk bersedekah salah satu dosa yang akan menyekat rezeki yang berkat. Banyak menyimpan, jumlah duit terkumpul sangat besar namun tidak dapat merasai nikmatnya, seolah fakir miskin.Tetap mengemis dan sentiasa rasa takut dengan kehilangan. Berdikit-dikit bukan kerana Allah tetapi kerana membesarkan sifat kedekut.

Orang berharta yang pemurah akan kelihatan sederhana. Tidak bermewah dengan pemberian Allah, mempunyai rutin kehidupan yang luar biasa namun kenderaan yang biasa-biasa, makan pakai yang sama dengan orang kebanyakan dan bersahabat juga dengan orang biasa-biasa.

3. Merasa sombong dengan kekayaan yang ada. Semua nak ditayang.. Banglow seisinya, barang kemas, eksesori, lifenya yang mewah, travel sana sini. Namun percayalah mereka sebenarnya merasa sangat miskin dan papa. Kegembiraan yang ditonjolkan hanya untuk meraih perhatian manusia kerana mereka merasa hilangnya perhatian Allah.

4. Sembunyikan hartamu dan laburkan ia untuk kesenangan akhirat. Rugi jika harta itu di bazirkan sekadar untuk perhatian manusia sedangkan hati tetap juga merasa resah dan sempit.

5. Hilang rasa tawakkal. Merasakan segala harta yang dikumpul ada hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan dari izin dari Allah swt.

Sabda Rasulullah SAW :

“Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi dengan perut kosong dan pulang pasti dengan perut kenyang”

Baca : Pernah kena ‘reject’ sebab rumah macam kandang, wanita ini bangkit buat bekas mertuanya terbeliak mata

Leave a Comment