TerasMalaysia

5 Fungsi Gel Silika? Jangan Buang!

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

5 Fungsi Gel Silika? Jangan Buang!

Untuk pengetahuan anda semua, silica gel atau desiccants adalah bebola kecil yang dipaketkan di dalam bungkusan kecil dan biasa ditemukan di dalam kotak atau plastik barangan jualan.

Fungsi utama gel ini adalah menjadi agen untuk menyerap lembapan agar produk yang tersimpan di dalam kotak atau plastik itu tidak mudah rosak lalu mampu untuk bertahan lebih lama.

Namun, mungkin masih ramai belum tahu jika ia akan membawa banyak lagi fungsi yang lain pada kehidupan!

Selain fungsi utama seperti di atas tadi, kita semua boleh menggunakannya bagi manfaat berikut:

1. Gel silika boleh mengelakkan ruang rumah berbau

Bebola kecil ini turut boleh diletakkan di celah rumah terutama yang tersembunyi seperti di sebalik perabot atau di dalam tandas dalam usaha mengelakkan bau kurang menyenangkan.

Ini kerana ia mampu sedikit sebanyak menyerap bau busuk sekali gus membuat rumah lebih segar.

2. Mengelakkan barang berkarat dan berkulat

Ada banyak barang yang mudah berkarat dan berkulat di dalam rumah anda termasuk pisau cukur, pisau dapur, ketip kuku, gunting serta banyak lagi objek terutama kalau ia daripada bahan besi.

Bagi memastikan barang-barang di atas tidak mudah berkarat atau berkulat gara-gara persekitaran yang lembap dan basah, sila simpan objek peribadi di dalam bekas kedap udara bersama gel ini.

3. Mengeringkan alat elektronik yang basah

Alat elektronik terutama peranti gajet seperti telefon dan komputer mudah terdedah dengan air di sekitar anda lantas membuat ia basah. Kesannya, alat-alat ini ada risiko untuk ia menjadi rosak.

Selain merendamkan alat elektronik itu ke dalam bekas berisi beras, bebola kecil ini mungkin biasa dijadikan alternatif untuk mengeringkan alat yang basah meskipun tidak ada jaminan berkesan.

4. Mengelakkan foto atau dokumen rosak

Meskipun kita semua hidup pada zaman digital yang mementingkan soft copy, namun masih ada beberapa perkara atau benda yang memerlukan hard copy contohnya foto atau dokumen penting individu.

Foto kenangan serta dokumen seperti surat beranak, sijil, geran, lesen atau sebagainya mempunyai risiko untuk rosak. Dengan gel ini, ia boleh tahan lebih lama sebagai simpanan jangka masa panjang.

5. Kilauan barang kemas

Barang kemas seperti cincin, rantai dan gelang wajar diletakkan di dalam bekas yang disertakan gel ini agar ia tidak cepat pudar dan sentiasa bersinar lagi berkilau seumpama baru sahaja dibeli.

Kesemua manfaat di atas tadi adalah disebabkan oleh sifat atau fungsi bebola kecil ini yang mampu menyerap lembapan di dalam apa sahaja bungkusan yang berisi barangan peribadi kita semua.

Awas, gel silika boleh bawa kesan bahaya!

Gel silika mungkin tidak beracun namun masih berpotensi untuk menyebabkan salur penghadaman atau pencernaan tersumbat apabila individu tertelan dalam jumlah yang terlalu banyak terutama bagi kanak-kanak.

Ia sama sekali tidak akan mendatangkan kesan mudarat apabila anda terhidu atau tersentuh pada kulit. Maka, sebarang kontak yang sedikit tidak membawa komplikasi atau implikasi negatif!

Konklusinya, benda kecil ini ada banyak kegunaan dan bukan hanya perlu disimpan dalam plastik atau kotak barangan jualan sahaja.

Pelakon Ditahan Kerana Menyebabkan Kekasih Tercampak Keluar Dari Kereta

Leave a Comment