5 tips mudah untuk elak terjadinya microsleep, nombor 3 tu ramai yang tak buat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

5 tips mudah untuk elak terjadinya microsleep, nombor 3 tu ramai yang tak buat

Microsleep merupakan keadaan tidur yang singkat yang terjadi dan sukar dikawal. Kejadian ini boleh mengundang kemalangan jalan raya. Oleh itu, ada beberapa tips untuk korang ikut bagi mengelak microsleep berlaku.

1. Dapatkan tidur cukup

Pastikan korang tidur dan rehat yang cukup sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam. Elakkan aktiviti melepak, menonton filem dan sebagainya sebelum hari perjalanan. Jangan ambil minuman berkafein sebelum tidur, nanti tak boleh tidur pula.

2. Jangan ambil ubat yang boleh menyebabkan mengantuk

Elakkan diri daripada mengambil ubat-ubatan yang mengantuk. Kalau terpaksa ambil, carikan seorang partner yang lain bagi menggantikan korang untuk memandu dalam perjalanan.

3. Jangan memandu seorang diri

Kalau rasa diri seorang yang cepat bosan atau letih, sila bawa seseorang untuk menemani korang sepanjang pemanduan. Ada teman untuk berborak, tak adalah terasa bosan sangat betul tak?

4. Pasang lagu

Kalau tiada teman, korang juga boleh membuka lagu pilihan hati di dalam kereta untuk sentiasa berasa segar. Psst, jangan buka lagu kuat-kuat sangat nanti fokus pemanduan terganggu pula.

5. Berehat di R&R

Bila berasa terlalu letih atau mengantuk, lebih baik korang berhenti di kawasan stesen R&R atau mana-mana stesen minyak yang berdekatan. Nak tidur sebentar pun digalakkan bagi menyegarkan semula badan.

Pastikan diri mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Jangan terlalu memaksa diri untuk cepat pulang nanti bahaya lain pula menunggu. Selamat bercuti!

Pandu dengan selamat

Elakkan diri anda daripada terdedah kepada microsleep ketika sedang memandu. Ingat, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terutama jika ingin melakukan perjalanan jarak jauh.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan tips-tips di atas untuk menyegarkan diri anda sepanjang perjalanan. Ingat, nyawa anda amat bermakna dan pandulah dengan selamat untuk diri anda dan yang tersayang.

Sumber

Baca : Asyik dan fokus dalam membuat sesuatu benda, lelaki terkejut rupanya tertinggal isteri dan anak sejauh 70km

Leave a Comment