Kita semua bermimpi nak ada rumah sendiri, kan? Tapi, tanggungjawab beli rumah ni nampak besar dan scary, terutama untuk yang first-time beli rumah. Lagi-lagi dengan musim covid-19 yang tengah membebankan ekonomi kita sekarang ni, mesti ramai (admin pun) yang tengah cari cara nak jimat duit sebanyak mana yang boleh. Banyak juga tips atau cara yang mungkin efektif dan terbaik untuk kurangkan pinjaman perumahan kita.
So, kalau anda ada pinjaman perumahan (mortgage) dengan keadaan sekarang ni, mesti anda tengah cari cara nak setelkan secepat yang boleh. Bila dah jumpa cara yang sesuai, anda dah boleh fokus kat bahagian kewangan yang lain macam guna duit simpanan untuk melabur kat pasaran saham/simpanan tetap.
Tips yang mungkin boleh ringankan beban
Jangan risau, walaupun keadaan tengah susah sekarang ni, ada je cara yang anda mungkin boleh buat untuk kurangkan bayaran gadai janji anda setiap bulan. Ha ni admin ada nak bagi tips yang mungkin boleh ringankan beban anda!
1. Bayar wang pendahuluan dalam amaun yang besar
Tak kisah lah anda beli rumah landed atau rumah bertingkat, admin konfem majoriti akan pilih untuk bayar kadar deposit yang minimum sebanyak 10%. Apa kata, kalau ada duit lebih, anda bayar deposit lebih sikit cam antara 20% ke 30% daripada harga rumah? Kiranya nanti, anda akan bayar pinjaman dan faedah bunga yang lebih rendah.
2. Pilih pinjaman hartanah fleksi
Pilihan 1 tuh bagus, tapi kalau anda takde lebihan duit dalam keadaan ekonomi tak stabil ni, macam mana? Jangan risau, mesti ada jalan yang sesuai untuk anda ambik.
Admin cadangkan anda untuk pilih pinjaman hartanah fleksi sebab anda siap boleh ambil margin pinjaman kewangan sebanyak 90% lagi. Ini kerana untuk jenis pinjaman ni, dia ada bagi anda kebebasan sebab anda boleh bayar lebih kalau ada duit dan boleh keluarkan duit jugak kalau anda ada emergency.
anda pun dapat kurangkan kadar bunga dan tempoh pinjaman dengan senang. Ini sebab anda basically tukar prinsipal pinjaman hartanah anda. Kiranya lepas ni, dah takde proses yang rumit atau bayaran tambahan.
Satu benda anda kena take note pasal pinjaman hartanah jenis fleksi ni adalah yuran bulanan tetap dia ada sebanyak RM5 hingga RM10. Tujuan bayaran yuran ni adalah untuk maintain akaun semasa. Admin rasa cam murah je yuran bulanan pinjaman hartanah fleksi ni. Siap boleh simpan duit lagi! anda rasa macam mana?
3. Bayar guna duit kwsp
Kalau anda still nak bayar lebih walaupun ada kekangan duit, mungkin anda boleh consider guna duit dari akaun 2 kwsp? Admin jujur cakap, ni mungkin idea yang baik kalau anda tak kisah mana guna dana persaraan kwsp ni untuk kurangkan duit pinjaman. Kalau anda dah ada pinjaman bank, anda boleh pilih guna duit epf untuk bayar secara lump-sum atau secara ansuran setiap bulan.
Kalau anda nak tahu, untuk bayaran secara lump-sum, anda boleh keluarkan duit sama ada ikut baki akaun 2 atau jumlah baki pinjaman perumahan. Kwsp akan pilih amaun mana yang paling rendah untuk dijadikan sebagai bayaran pendahuluan.
Manakala, untuk bayar ansuran secara bulanan, anda kena kira dulu berapa kali bayaran yang anda kena buat based on baki yang ada dan isi borang yang dah disediakan. Nanti, kwsp akan automatik buat pembayaran ikut amaun yang anda isi tuh setiap bulan.
Tapi, kalau ikutkan data dalam beberapa tahun ni, kita boleh nampak yang kadar dividen kwsp lebih tinggi dari kadar pinjaman gadai janji sekurang-kurangnya bawah 5%. Kalau tengok sekarang ni pulak, kadar pinjaman gadai janji adalah 3.40%, yang mana lagi rendah dari pulangan kadar dividen kwsp sebanyak 5.45%. Kiranya, better anda pikir dulu apa pulangan yang anda akan dapat sebelum buat apa-apa keputusan.
Ni admin kasi breakdown. Katakan, anda ada RM50,000 dalam akaun kwsp dan kadar dividen adalah 5.45%. Kiranya, jumlah kwsp anda selepas dividen adalah RM52,725. Pinjaman perumahan tertunggak anda pulak ada sebanyak RM50,000 dengan kadar bunga 3.40%, anda akan jimat RM1,700. Persoalannya sekarang, antara keuntungan dividen sebanyak RM2,725 dan jimat RM1,700 untuk kadar bunga, mana yang lebih untung? Nampaknya, lebih baik kalau kita simpan duit kwsp kita tuh.
4. Refinance semula pinjaman perumahan
Kalau anda ada decide nak membiayai semula (refinance) pinjaman perumahan, anda kena sentiasa perhati jugak kadar pinjaman berkesan (effective lending rate) bank. Kadar pinjaman berkesan ni boleh kasi anda kadar yang lebih baik kalau anda nak kurangkan bayar kadar bunga. Ia juga bermaksud pengurangan bayaran ansuran secara bulanan.
Contohlah kan, kadar faedah tetap pinjaman perumahan anda adalah 5% p. A. Dan kadar bunga terkini untuk pembiayaan semula adalah 3.4% p. A.. Kiranya, kalau anda pilih nak biayai semula, anda akan dapat kurangkan faedah 1.6% setiap tahun untuk sampai habis tempoh pinjaman.
Walau bagaimanpun, admin tak sarankan anda pilih pembiayaan semula kalau baki tempoh pinjaman anda tuh dalam 10 tahun atau kurang atau perbezaan antara kadar faedah adalah sikit. Lagi satu, kena tengok jugak kos pembiayaan semula macam yuran pemprosesan bank, duti setem, yuran penilaian dan guaman.
BACA: Kursus Geografi Ditempat Sunyi?Rakaman Remaja Kantoi ‘Berdua’ Tular
5. Pilih pakej pinjaman perumahan yang offer kadar bunga yang berbaloi
Keputusan nak pilih pinjaman perumahan amat penting, tak kira lah ni kali pertama anda nak apply pinjaman rumah ke atau anda nak refinance. Tak kisah mana-mana pun, admin cadangkan pilih pakej pinjaman perumahan yang akan tolong anda jumat duit dari bayar faedah.
6. Guna dana simpanan tetap (FD)
Nak jadikan contoh, ali tiba-tiba je dapat RM100k. So, dia nak tahu yang mana lagi bagus:
masukkan duit dalam fd yang ada 2.15% p. A. Guna duit untuk bayar pinjaman perumahan yang ada 3.4% p. A.
Jadi, kalau ali letak RM100k dalam fd dia dengan 2.15% p. A. , dia akan dapat RM2,150 setahun dalam faedah. Sebaliknya, kalau dia guna rm100k untuk pinjaman perumahan dia yang caj 3.4%, ali akan dapat kurangkan bayar sebanyak RM3,4000 setahun untuk faedah yang perlu dibayar. Nak dibandingkan kalau ali masukkan duit untuk fd, kita semua dapat simpulkan sekarang yang ali dapat simpan lebih dari RM1,000.