TerasMalaysia

7 negara ini memiliki peraturan yang paling pelik di dunia, salah satu darinya ‘dilarang mengumpat’

7 negara ini memiliki peraturan yang paling pelik di dunia, salah satu darinya ‘dilarang mengumpat’

Setiap negara mempunyai undang-undang yang sangat berlainan, mengikut ketetapan tersendiri berdasarkan agama, bangsa, budaya, cuaca dan banyak lagi.

Sebelum sesuatu undang-undang itu dibuat, ia harus dibahaskan terlebih dahulu dan mendapat persetujuan majoriti. Biasanya undang-undang yang dibuat adalah untuk melindungi hak-hak individu, masyarakat dan negara.

Namun, terdapat undang-undang yang dilaksanakan di negara-negara lain dilihatkan sebagai agak pelik bagi kita di Malaysia.

7 negara yang melaksanakan undang-undang pelik dan unik.

1. Australia – Tidak boleh paksa orang untuk mabuk

Australia terkenal dengan negara yang mempunyai keindahan dan kesantunan masyarakatnya. Namun, tahukah anda ada peraturan yang anda tidak boleh suka hati melakukannya?

Di sana jika anda mendapati cuba memaksa orang lain untuk mabuk dengan meminum arak, anda perlu bersedia untuk menghadapi hukuman ke atas perbuatan itu.

2. Georgia – Tidak menjaga ayam peliharaan

Jika di Malaysia, memelihara haiwan itu adalah menjadi perkara biasa lebih-lebih lagi di kawasan kampung. Malah, kadangkala ayam peliharaan ini akan berak di rumah jiran-jiran betul tak?

Namun, berlainan di Georgia kerana sekiranya ayam peliharaan anda singgah dan membuang najis di kawasan mereka, anda perlu membayar denda yang agak mahal. Undang-undang ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemilik untuk menjaganya.

3. Kanada – Dilarang membuat bising

Kanada mempunyai peraturan mereka sendiri untuk mengawal rakyatnya. Bandar Petrolia di Kanada mempunyai peraturan dengan mengehadkan tahap bunyi bising yang berlebihan.

Malah, anda tidak boleh mempunyai bunyi jeritan, siulan atau nyanyian pada bila-bila masa.

4. UAE – Tidak boleh mengumpat

Jika anda berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), anda perlu mengetahui satu peraturan penting iaitu tidak boleh mengumpat.

Sekiranya anda didapati melakukan itu, anda boleh dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang seperti hukuman penjara.

5. Singapura – Tidak boleh makan gula-gula getah

Singapura merupakan antara salah sebuah negara Asia Tenggara yang maju. Walaupun negaranya kecil, tetapi mereka telah menetapkan satu peraturan penting untuk rakyatnya.

Anda tidak dibenarkan memakan gula-gula getah. Hal ini kerana mengunyah gula-gula getah boleh menyebabkan kekotoran jika dibuang sesuka hati.

6. Denmark – Memberikan nama bayi sesuka hati

Antara salah satu negara yang mempunyai peraturan yang pelik ialah Denmark kerana anda tidak dibenarkan memberikan nama bayi sesuka hati.

Ia kerana kerajaan Denmark telah mengeluarkan sebanyak 7,000 nama untuk rakyatnya. Mereka boleh memilih mana-mana nama cadangan itu sejak bayi dilahirkan dan terus memberi padanya.

Jika mereka mempunyai nama lain selain 7,000 nama tersebut, mereka perlulah memohon kelulusan daripada majlis perbandaran masing-masing.

7. Jerman – Dilarang kehabisan minyak

Banyak kita boleh lihat sekarang kenderaan terpaksa berhenti di tengah jalan kerana kehabisan minyak betul tak? Perkara ini sebenarnya sangat membahayakan dan kita perlu lebih teliti mengenai.

Namun, lain pula di negara Jerman kerana anda dilarang kehabisan minyak di jalan raya. Hal ini disebabkan anda akan menganggu aktiviti orang di sana dan boleh dikenakan denda.

Baca : Dengki dengan kemewahan yang dimiliki adiknya, kakak sanggup sihir ipar sampai tahap hilang nyawa

Leave a Comment