TerasMalaysia

7 Tips Menghilangkan Kesan Hitam Yang Melekat Pada Seterika

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

7 Tips Menghilangkan Kesan Hitam Yang Melekat Pada Seterika

“Alamak, habis terbakar tudung aku. Seterika ni dah makin teruklah. Bukannya aku pakai panas paling maksimum pun. Apa nak buat ya?”

Sesetengah seterika yang ada kesan kehitaman atau hangus sememangnya berpotensi untuk merosakkan pakaian. Ini kerana lapisan tersebut boleh mempengaruhi kepanasan seterika. Kadang-kadang kepanasan tak sekata dan kita pun kuatkan lagi. Tiba-tiba berlubang pula pakaian!

Sebelum anda membeli seterika baru, cuba bersihkan dulu saki-baki lapisan kehitaman yang melekat padanya. Mana tahu, ia masih elok dan boleh berfungsi dengan baik. Bahkan, licin berkilat seperti baru.

Ada beberapa cara bersihkan seterika yang boleh anda lakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah.

7 Tips Menghilangkan Kesan Hitam Yang Melekat Pada Seterika

1. Kertas Pasir

  • Salah satu cara yang boleh anda guna untuk menghilangkan daki hitam pada seterika adalah dengan menggunakan kertas pasir.
  • Caranya juga amat mudah. Anda hanya perlu memanaskan seterika dan terus gosok permukaannya dengan kertas pasir.
  • Gosok dengan menggunakan kertas pasir kasar terlebih dahulu, kemudian barulah bertukar kepada kertas pasir yang lebih halus.
  • Namun ingat, alas kertas pasir dengan kain atau span terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian melecur.

2. Ubat Gigi

  • Ubat gigi pun boleh hilangkan warna hitam pada seterika? Ya, percaya atau tidak ia sememangnya boleh membantu anda membersihkan kesan hangus pada tapak seterika.
  • Anda hanya perlu meletakkan ubat gigi pada kesan hangus tersebut dan biarkan seketika terlebih dahulu.
  • Kemudian, ambil kain bersih dan gosok permukaan seterika sehingga warna hitam mula luntur.
  • Anda boleh membuat langkah ini beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan dan berkesan.

3. Garam

  • Garam dapur juga boleh digunakan bagi menanggalkan warna hitam seterika anda.
  • Anda hanya memerlukan sekitar segenggam garam dan kerajang aluminium (aluminium foil).
  • Mula-mula, taburkan garam di atas kerajang aluminium.
  • Kemudian, buka suis seterika dan panaskannya dengan suhu yang paling tinggi.
  • Setelah itu, gosokkan seterika pada garam di atas kerajang aluminium tadi. Lakukan langkah ini beberapa kali sehingga kesan hitam mula menghilang.

4. Soda Bikarbonat / Baking Soda

Baking soda juga berkesan sebagai cara bersihkan seterika untuk menghilangkan kesan hitam pada iron anda.

Caranya ialah:

  1. Ambil beberapa helai kain lembap dan letakkan span di atasnya.
  2. Kemudian, hidupkan seterika dan taburkan serbuk baking soda di atas permukaan seterika.
  3. Gosok baking soda tersebut dengan menggunakan kain dan span yang disediakan tadi. Sila berhati-hati kerana seterika mungkin boleh memanaskan kain yang anda pegang.
  4. Setelah itu, tutup suis seterika dan tunggu sehingga ia sejuk sebentar.
  5. Ambil sehelai kain bersih dan lap kotoran yang telah tertanggal pada permukaan seterika.

5. Span Magik

  • Span magik agak berbeza dengan span biasa. Ia mempunyai permukaan yang lebih halus dan juga lebih lembut.
  • Span ini boleh digunakan untuk menghilangkan kesan hitam pada seterika lama anda.
  • Caranya amat mudah, hanya sapukan sedikit sahaja krim pencuci pinggan pada span dan gosok tapak seterika anda sehingga warna hitam tersebut hilang.
  • Bagi mereka yang tidak tahu di mana hendak mendapatkan span ini, pergi sahaja ke kedai-kedai serbaneka berdekatan rumah anda.

6. Lilin

  • Lilin juga boleh membantu menghapuskan kesan hangus yang ada pada seterika lama di rumah. Caranya lebih kurang sama dengan cara-cara membersihkan seterika di atas sebelum ini.
  • Mula-mula, buka suis seterika dan panaskannya seketika. Kemudian, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada permukaan seterika sehingga lilin cair.
  • Setelah itu, tenyeh atau gosok seterika pada kain buruk atau apa-apa kain bersih yang sudah tidak digunakan lagi.
  • Kain yang sudah melekat dengan lilin tidak boleh digunakan lagi dan seharusnya dibuang sahaja.

7. Daun Pisang

Kalau di rumah ada banyak daun pisang, bolehlah gunakan teknik ini. Ia juga petua yang biasa digunakan oleh mak-mak kita. Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.

Sekarang anda telah tahu 7 cara untuk hilangkan kesan hitam atau hangus yang ada pada seterika anda.

Jika kesan hitam ini berjaya dihilangkan, ia tidak lagi menyebabkan kesan pada pakaian anda apabila digosok.

Selain itu, seterika juga akan lebih cantik, bersih, berkilat dan tampak seperti seterika baharu.

Selamat mencuba!

Ini 10 Cara Simpan Makanan Supaya Tak Basi, Nombor 6 Tu Macam Tak Percaya

Leave a Comment