8 Cara Simpan Kentang Agar Tahan Lama. Nombor 4 Tu Selalu Orang Buat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

8 Cara Simpan Kentang Agar Tahan Lama. Nombor 4 Tu Selalu Orang Buat

Kentang merupakan makanan yang sangat berkhasiat? Ia juga boleh tahan lebih dari 2 bulan sekiranya cara simpan kentang betul. Sebab itulah, semua orang perlu tahu cara menyimpan kentang agar tahan lama.

Antara tip atau cara menyimpan kentang agar tahan lama adalah:

  1. Pastikan kentang betul-betul kering sebelum simpan. Lap semua air dan pastikan tempat simpanan juga tidak basah.
  2. Simpan kentang di tempat yang gelap, sejuk dan kering untuk elakkannya bertunas. Selain itu, pastikan juga pengudaraannya baik. Anda boleh simpan di dalam kotak atau bekas pilihan anda.
  3. Elakkan simpan di bawah dapur gas. Suhu yang panas dan lembap boleh menggalakkan kentang bertunas.
  4. Jangan simpan dalam peti ais. Persekitaran yang terlalu sejuk akan menyebabkan kanji bertukar menjadi gula. Kentang yang sejuk akan juga bertukar warna menjadi coklat selepas dimasak. Kandungan gulanya juga lebih tinggi daripada kentang biasa.
  5. Jika ada kawasan kentang yang berwarna hijau, potong bahagian tersebut dan buang. Bahagian lain yang masih kuning selamat untuk dimakan.
  6. Jangan simpan kentang bersama epal, bawang atau buah pisang. Gas yang dihasilkan oleh kedua-dua makanan ini boleh mempercepatkan pertunasan kentang.
  7. Jika ada kentang yang sudah buruk, asing dan buangkannya secepat mungkin.
  8. Sekiranya anda tidak mempunyai tempat yang gelap, ada cara simpan kentang yang berbeza tapi mudah untuk dipraktikkan. Anda cuma perlu letak kentang dalam bakul dan tutup dengan kain yang berwarna gelap.

Tip: Tahukah anda, kulit kentang mengandungi nutrisi yang padat? Sekiranya anda kupas kulit kentang untuk dibuang, cuba goreng dan jadikan ia snek.

9 Bahagian Lembu Ini Perlu Ada Cara Yang Betul Untuk Dimasak

Leave a Comment