TerasMalaysia

9 Lelaki Ditahan Kerana Merogol Kanak-kanak Bawah Umur Di Pantai

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

KOTA BHARU: Sembilan lelaki yang berusia antara 13 hingga 21 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, penahanan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat pada pukul 6.38 petang semalam.

Menurut Mohd Roshdi, berdasarkan keterangan, mangsa telah keluar dari rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat, sekitar pukul 9 malam 25 Oktober lalu dan tinggal bersama teman lelakinya di kampung Semut Api, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini.

“Semasa mangsa tinggal bersama suspek, mangsa telah melakukan hubungan seks bersama suspek dan rakan-rakan lelakinya yang lain di kawasan tepi pantai, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, hasil siasatan polis mendapati, pada 16 November lalu, ibu mangsa telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan anak perempuannya itu.

Mohd Rosdi berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas sembilan suspek adalah negatif dan tiada rekod lampau.

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi tadi bagi mendapatkan perintah reman.

Suspek bawah umur direman selama lima hari manakala suspek lain direman selama tujuh hari.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Izdham Naim Che Ani dan kes disiasat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

Sumber : Awani

Leave a Comment