TerasMalaysia

Abang bawa masuk adik dalam mesin basuh di dobi ketika ibu tengah ralit main telefon

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Abang bawa masuk adik dalam mesin basuh di dobi ketika ibu tengah ralit main telefon. Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Azura, berkongsi sebuah kisah di mana seorang ibu tidak mengawasi gerak geri anak-anaknya ketika berada di dobi.

Menurut Azura, si ibu kelihatan ralit bermain telefon tatkala menunggu pakaian yang sedang dibasuh di dobi.

Pada masa yang sama, anak-anaknya dibiarkan aktif bermain tolak-tolak bakul yang berada di dobi tersebut. Enggan mempeduli situasi tersebut, Azura mengambil keputusan untuk menunggu di dalam kereta.

Abang bawa masuk adik dalam mesin basuh di dobi ketika ibu tengah ralit main telefon

Semasa di dalam kereta, Azura ternampak kanak-kanak tersebut yang dipercayai si abang sedang memasukkan adiknya ke dalam salah satu mesin basuh.

Terkejut melihat situasi tersebut, Azura bergegas keluar dari kereta dan menegur si ibu. Wanita tersebut terus memarahi anak-anaknya yang dipercayai berusia antara 4 hingga 5 tahun.

Tambah Azura, mujurlah tiada perkara buruk yang berlaku pada masa itu. Jelasnya lagi, pintu mesin basuh itu boleh dibuka pada waktu kejadian. Di akhir video, Azura berharap perkongsiannya itu dapat dijadikan pengajaran buat semua khususnya ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak-anak kecil.

@azurasapari618 KORANG YG MENDOBI BWK ANK2 TU JAGA LAH ANAK ELOK2.. AKU MMG CUAK GILERRR..AKU PIKIR ANAK DIA KURANG OKSIGEN KE APA.. YG AKU GERAM MAK DIA LANGSUNG XDE TERIMA KASIH WEHHH… #fypシ ♬ original sound – Azura Sapari

BACA:

Cuai ketika bertugas, anggota polis ini kena saman dengan Polis Trafik

Lelaki terkejut penjual tarik tangan dan rampas duit paksa beli barang masa cuci mata di Madinah

Selamba pegang ular sawa gergasi masa tengah mandi dekat sungai, siap lilit dekat leher lagi

Leave a Comment