Abang durjana sanggup rogol adik sendiri sampai mengandung, ibu sendiri yang jadi bidan sambut ‘cucu’
Seorang remaja lelaki yang baru saja berusia 15 tahun didakwa atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya sendiri sehingga dapat anak.
Remaja itu didakwa merogol adiknya yang berusia 14 tahun di Mahkamah Majistret Jelebu mengikut Seksyen 376B ( 1) Kanun Keseksaan.
Untuk pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adiknya itu pada jam 11 hingga 12 tengah malam di antara 21 Jun hingga 30 Jun 2022 manakala untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa sama antara 11 malam hingga 12 tengah malam antara 1 September hingga 10 September 2022.
Mengikut fakta kes, pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 6.08 pagi, seorang pegawai perubatan menerima maklumat daripada kakitangan Klinik Kesihatan memaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di rumah.
Pegawai perubatan bersama kakitangan dan ambulans ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung.
Pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi tersebut dan ambulans telah membawa mangsa dan bayi ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital.
Difahamkan, kejadian berlaku di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah ketika mangsa sedang tidur.
Mangsa telah melahirkan bayi pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 5.00 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.
Mangsa melahirkan bayi dalam keadaan baik dan berat bayi 1.2 kilogram serta ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Nizam Rafii, manakala juvana berkenaan tidak diwakili peguam.
Majistret kemudiannya membenarkan juvana berkenaan dijamin sebanyak RM 4,000 dengan seorang penjamin ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 22 Mac ini bagi laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, syarat tambahan turut dikenakan iaitu dikehendaki melaporkan diri setiap 1 haribulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai serta harus tinggal berasingan dengan mangsa.
Juvana berkenaan juga dilarang menghubungi, mendekati mangsa dengan apa juga cara pun.
Baca : Ini keadaan terbaru ‘The Sleeping Beauty’ setelah diawet ayahnya pada tahun 1921