TerasMalaysia

Abang Grab menjadi hero, berusaha mencari lubang untuk mengeluarkan takungan air

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Abang Grab menjadi hero, berusaha mencari lubang untuk mengeluarkan takungan air.

Hujan lebat yang melanda ibu negara petang semalam menyebabkan banjir kilat berlaku. Beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan mengalami kesesakan lalu lintas.

Jika tiada alternatif yang dibuat, berkemungkinan pengguna jalan raya akan terperangkap dalam jangka masa yang lama.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh seorang penghantar makanan (Grab) dipuji ramai kerana berusaha mencari lubang untuk mengeluarkan takungan air.

Video yang dirakamkan oleh salah seorang pekerja Affin Bank itu merakamkan kejadian banjir kilat yang berlaku di laluan Jalan Tun Razak yang menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku.

Bukan itu sahaja, atas dasar keprihatinan kepada pengguna jalan raya lain juga, ‘Abang Grab’ dan pihak polis bekerjasama membantu menolak kenderaan yang mengalami kerosakan.

Abang Grab menjadi hero, berusaha mencari lubang untuk mengeluarkan takungan air

Susulan video rakaman tersebut tular, ramai yang mempersoalkan tindakan pihak berwajib yang sepatutnya menyelesaikan isu sebegini dari terus berlaku.

“Sepatutnya, pihak majlis perbandaran clearkan semua gully trap sebelum musim hujan bermula. Kat Putrajaya tu, pembersihan gully trap tu kerap dilakukan,” tulis Eytaz Sham.

Dalam masa yang sama, ada yang mencadangkan usaha yang dibuat oleh penghantar makanan harus diberikan penghargaan.

“Mereka perlu diberikan penghargaan kerana sanggup meredah air untuk bantu mudahkan urusan orang lain,” komen Cik Lang.

@matbudeen

Bagus betul abg Grab ni. Terbaik

♬ original sound – sabarudinishak
BACA:
Waris boleh tuntut skim khairat kematian di BSN bernilai RM1,000, ini langkah dan syarat yang perlu dibuat
Lelaki hilang lepas COD Iphone di Pulau Pinang, sempat video call tunang minta tolong sambil berlari cari jalan keluar
“Ingat dalam filem je, tak sangka realiti pun ada” – Lelaki pura-pura rebah akibat sakit jantung tipu 20 restoran

Leave a Comment