Abang kantin baik hati – yang tak cukup RM2 pun dia belanja, siap ajar pelajar ambik duit baki lagi
Tular baru-baru ini, seorang peniaga di sebuah kantin sekolah yang dimuat naik sebuah video di laman TikTok miliknya, lelaki itu menunjukkan situasi ketika sesi rehat murid-murid.
Rata-rata murid di dalam video berkenaan masih belum mahir untuk menggunakan wang bagi membeli makanan mereka.
Peniaga menjual hidangan seperti mi goreng dan nasi itu dilihat membantu setiap murid yang datang untuk membeli makanan dengan nada yang lemah lembut sambil mengajar mereka.
Namun kelibat seorang murid perempuan telah menarik perhatian petugas kantin itu kerana dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli sepinggan nasi berharga RM2.
Difahamkan murid tersebut hanya membawa RM1 sahaja ke sekolah pada hari tersebut.
Selepas melihat keadaan murid itu, petugas kantin berkenaan memberikan sepinggan nasi secara percuma kepada kanak-kanak tersebut dan memberi nasihat tentang jumlah wang yang perlu dibawa untuk hari seterusnya.
Rata-rata netizen memuji tindakan peniaga itu yang membantu para murid sekolah ketika membeli makanan sewaktu sesi rehat.
Malah, ibu bapa yang melihat video itu juga meluahkan berasa lega jika ada peniaga yang baik sepertinya bagi memudahkan urusan anak-anak mereka yang masih belum mahir menggunakan wang.
Dalam pada itu, netizen turut tersentuh hati melihat seorang kanak-kanak perempuan yang tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli sepinggan nasi.
Sesetengah netizen juga berkongsi pengalaman sama ketika berada di zaman sekolah dan hanya membawa wang belanja yang sedikit untuk makan ketika waktu rehat.