TerasMalaysia

Abang Durjana Sanggup Rogol Adik Sendiri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Abang Durjana Sanggup Rogol Adik Sendiri

Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan merogol adiknya yang berusia 15 tahun.

Tertuduh berusia 18 tahun, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun.

Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Kuala Nerus antara jam 2 hingga 3 petang pada Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengulangi kesalahan sama di alamat sama, jam 3.30 petang pada 5 November lalu.

sumber google image

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan disebat dengan tidak kurang 10 sebatan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan.

Mahkamah menetapkan 18 Januari 2023 sebagai tarikh jatuh hukum.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jijik! Lelaki Dicekup PDRM Memiliki Pronografi Kanak-Kanak

Leave a Comment