“Ada masa kalau aku sendiri, aku jadi menggigil, jantung berdegup kencang bila teringat peristiwa itu”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Ada masa kalau aku sendiri, aku jadi menggigil, jantung berdegup kencang bila teringat peristiwa itu”. Aku ingin pandangan dan nasihat pembaca sekalian dan ku harap confession ini dapat disiarkan. Maafkan aku andai penulisanku agak tunggang langgang.

Kisahnya bermula begini..

Aku seorang anak yatim piatu dan tinggal bersama ibu saudaraku ketika aku berusia 15 tahun lagi.

Ibu saudaraku mempunyai 2 anak perempuan hasil perkahwinannya yang lalu. Ibu saudaraku juga mempunyai 1 anak tiri perempuan dan 2 anak tiri lelaki hasil perkahwinannya bersama duda anak 3.

Setiap hujung minggu atau sewaktu cuti sekolah seringkali anak anak tirinya akan datang menginap dirumah ibu saudaraku.

Kami semua amat rapat tiada perbezaan ‘tiri’ atau ‘kandung’ dalam keluarga kami. Aku juga telah dianggap seperti adik beradik sendiri.

Paling aku suka ketika cuti panjang, semua anak anak, sepupu sepapat, saudara jauh atau dekat akan berkumpul dirumah ibu saudaraku.

"Ada masa kalau aku sendiri, aku jadi menggigil, jantung berdegup kencang bila teringat peristiwa lama"

Ada sahaja aktiviti yang kami lakukan, riuh rumah itu dengan gelagat dan karenah kami.

Aku disekolah merupakan seorang yang pemalu dan pendiam. Jika guru memintaku membaca ayat dalam buku teks suara aku tidak kendengaran kerana terlalu perlahan.

Aku juga terkadang dibuuli oleh rakan kelasku seperti diejek tanpa sebab atau badanku ditolak secara tiba tiba.

Aku tidak berani melawan walaupun diperlakukan sedemikian. Aku juga tidak berani bertanya apa salah aku.

Sering rakan baikku yang akan membelaku dan rakanku sering menasihatiku agar melawan untuk membela diri.

Berbalik kepada tajuk, pernah pada cuti penggal sekolah. Ramai yang datang kerumah ibu saudaraku.

Jumlahnya melebihi 15 orang dengan rata rata mereka berumur 12-20. Kami datang bermain dan belajar bersama.

Tahun itu adalah tahun aku akan mengambil SPM bersama 3 orang yang lain (anak perempuan ibu saudaraku, anak tiri lelaki ibu saudaraku dan sepupu).

Kami kerap belajar bersama dan dibantu oleh kakak atau abang saudara yang lain.

Pada ketika ini aku sering merasa aneh kerana tiap kali aku bangun tidur, baju dalamku seperti diselak keatas.

Bukan sekali tapi 3-4 kali sepanjang cuti terbabit.

Aku cuba bersangka baik mungkin aku yang tidur terlalu lasak dan kejadian itu terus berlalu dan cuti pun tamat lalu semuanya pulang kerumah masing masing.

Anehnya, selepas itu tiada pun kejadian seperti baju dalamku terselak semasa tidur.

Selepas menjalani ujian SPM, aku berkerja part time sementara menunggu hasil ujian. Aku berkerja di restoran fastfood dibahagian dapur kerana tidak perlu berjumpa dengan orang.

Aku berkerja selama 6 jam sehari sahaja. Ketika ini rumah ibu saudaraku sering dikunjungi oleh anak anak saudara sepupu yang lain.

Kami suka berkumpul dan menghabiskan cuti kami bersama. Jika aku dirumah, aku juga akan menyertai mereka.

Dirumah ini cuma ada 3 bilik. 1 untuk ibu saudaraku dan suaminya. 1 untuk anak perempuannya yang sulung dan 1 untuk aku dan anak perempuannya yang sama umur denganku.

Ketika ramai anak anak tiri dan saudara sepupu lain yang datang, bilik kami dan ruang tamu rumah akan penuh.

Ketika kejadian aku, saudara perempuan yang lain tidur diatas katil manakala ada saudara lelakiku yang lain berumur 12 dan 15 tahun tidur dibawah katil.

Anak tiri lelaki ibu saudaraku yang sama umur denganku juga tidur dibawah katil.

Malam hari ketika aku nyenyak tidur, aku terjaga kerana ada tangan merayap cuba menyelak baju dalamku. Sungguh aku takut dan terkejut, menangis dalam diam aku ketika itu.

Tak kusangka semua didalam rumah itu kuanggap seperti keluarga sendiri tapi ada yang sanggup melakukan ini terhadapku.

Aku penakut, aku tidak berani menepis. Aku alihkan badanku kearah lain sambil mataku terpejam rapat.

Tidak dapat aku tidur malam itu kerana menangis sepanjang malam.

Hasilnya apabila aku pergi kerja, mataku bengkak dan sembab. Aku menangis dan berteka teki siapa yang melakukan semua ini terhadapku.

Cuti pun habis dan semua pulang kerumah masing masing.

Aku telah mendapat keputusan SPM ku. Alhamdulillah hasilnya baik. Dalam semua saudara yang sama umur denganku, aku yang mendapat nilai yang paling baik.

Namun, aku tidak menyambung pelajaran kerana ibu saudaraku sedikitpun tidak bertanya adakah aku ingin menyambung pelajaran atau tidak. Yang ditanya kepadaku adalah selepas ini nak berkerja dimana?

Aku akur dan faham dia harus mengutamakan anak perempuannya dan anak tirinya untuk menyambung pelajaran. Mereka telah ke kolej swasta, sementara aku berkerja ditempat yang sama.

Ada rasa sedih dihatiku namun aku seharusnya tidak membebankan ibu saudaraku yang telah lama menjagaku.

Ketika cuti tiba seperti biasa, ramai yang akan kerumah ibu saudaraku. Pada suatu malam, aku sedar bahawa periodku sudah kering, aku berniat untuk mengambil mandi wajib supaya dapat menunaikan solat Isyak.

Jam menunjukkan pukul 1 lebih pagi, aku mengambil bajuku lalu menuju kebilik air yang terletak didapur.

Ketika mandi, entah mengapa mataku tiba tiba melihat kearah ruang celah atas pada pintu bilik air. Aku terkejut ada telefon diarahkan kearahku seolah olah merakamku.

Aku bertindak menarik telefon terbabit tetapi ditarik lebih kuat oleh yang berada diluar pintu.

Setelah telefon berjaya ditarik olehnya, aku sambil menangis bergegas memakai baju yang memang sudah kubawa untuk kupakai setelah siap mandi dan berlari ke bilik tidur.

Hari itu sudah ku tahu siapa pelaku dari sifat keji tersebut berdasarkan telefon yang kucuba tarik tadi. Dia adalah anak lelaki tiri ibu saudaraku yang sama umur denganku.

Aku terfikir mungkin ini bukan kali pertama. Untuk apakah video tersebut.

Secara tiba tiba aku merasa benci pada diri sendiri yang lemah tak dapat membela diri.

Sejak hari itu, aku tak bercakap dengannya. Dia pun tidak menegurku seperti selalunya.

Padahal sebelum ini kami amat rapat, sudah ku anggap dia seperti abangku sendiri.

Tak sanggup kupendam sendiri kisah ini, ku ceritakan kepada MakCik Su (ibu saudaraku yang bongsu) mengenai peristiwa terbabit. Tidak ku ceritakan kepada ibu saudaraku mengenai anak tirinya kerana mereka benar benar rapat.

MakCik Su setelah mendengar ceritaku dia menasihatiku agar merahsiakan hal ini kerana ceritaku akan membuat hubungan baik ibu saudaraku serta suami dan anak tirinya menjadi porak peranda dan aku akur kerana aku orang luar dalam rumah itu.

Yang aku geram, lelaki tersebut tidak pernah rasa bersalah atas perilakunya. Dia tetap menjadi kesayangan semua dalam keluarga,

Malahan ada saudara kami tahu kami tidak bertegur dan menyuruh aku berbaik dengannya kerana mungkin aku melakukan kesalahan sehingga masing masing tidak bertegur.

Aku tertekan kerana ada yang menyangka kami tidak bertegur kerana salah aku. Namun kudiamkan sendiri sahaja.

Tahun berganti tahun, aku melanjutkan pelajaran secara PJJ menggunakan duit gajiku sendiri.

Aku menjadi seorang yang berani tampil kehadapan. Aku mempunyai rakan rakan yang positif, aku juga menyertai program debat.

Sungguh aku tak percaya dengan perubahan diri aku.

Aku bukanlah lagi jenis penakut. Aku bertemu dengan suamiku di universiti yang sama dan kami telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata.

Sungguh aku bersyukur dengan rezeki ini. Dikurniakan suami yang baik dan macam macam lagi dalam hidup.

Namun ada ketikanya aku menangis apabila teringat peristiwa lama. Jantungku berdegup kencang, tangan mengigil, badan berpeluh apabila teringatkan kisah lalu.

Sehingga aku menangis seorang diri ketika suami keluar berkerja sambil diperhatikan anakku yang berusia 2 tahun yang tak faham mengapa ibunya tiba tiba menangis.

Siapa yang tidak sakit apabila lelaki itu disenangi dan disayangi semua keluarga.

Bahkan MakCik Su yang mengetahui hal tersebut dengan sukanya membuat post dan story bahagia ketika lelaki itu berkahwin sambil mengelarkan lelaki itu ‘anakku sayang’ padahal aku yang merupakan drah dagingnya tidak diperlakukan sedemikian rupa.

Pernah satu hari aku bertekad menelefon ibu saudaraku untuk meluahkan rasa tentang anak tirinya.

Dia menangis dan bertanya kenapa tak cerita dari dulu, kenapa baru sekarang. Aku beritahu kerana MakCik Su yang memintaku berdiam.

Ibu saudaraku mengatakan jika aku cerita tentang ini sekarang pun tiada siapa yang akan percaya kerana kisah lama. Lagipun lelaki itu akan bergelar bapa dalam beberapa bulan sahaja lagi.

Aku katakan aku cerita untuk meluahkan kesakitan yang ku tanggung. Ibu saudaraku mengatakan akan ada hukum kifarah membalas perbuatan jahatnya nanti.

Aku lega sekejap, tiba tiba ibu saudaraku mengatakan, “lagipun ‘dia’ tidak mergol atau mengambil kesucian, cuma meraba dan merakam. Selepas rakam mesti ‘dia’ akan padam jadi jangan fikirkan sangat” .

Dari lega aku terus merasa sakit, semurah itukah harga diriku? Perlu diambil kesucian baru perkara ini serius? Aku diamkan diri kemudian perbualan dari telefon tamat begitu sahaja.

Aku berputus asa, aku berfikir andai anak kandung mereka yang terkena adakah akan bertindak seperti ini juga. Aku anak saudara mereka lebih dekat dari anak lelaki tiri tersebut.

Sehingga hari ini aku terus dihantui rasa tersebut. Aku cuba fokus pada kehidupan bahagiaku. Tapi ada kalanya trauma itu muncul dan aku menangis secara tiba tiba.

Aku cuba dekatkan diri pada yang maha esa namun ada ketikanya aku teringat dan menangis.

Sehingga aku merasa aku mempunyai masalah hati iaitu tidak suka melihat lelaki itu bahagia. Aku usahakan untuk tidak mengikutinya dimana manapun social media.

Namun, kerana dia kesayangan ramai, namanya sering disebut dan wajahnya, kehidupannya selalu muncul di ruang story sanak saudara yang lain.

Sehinggakan kini aku terpaksa ‘mute’ story saudara saudara yang lain bagi mengelakkan rasa sakit hati.

Nenek kandungku, ibu saudaraku, malah MakCik Su yang dari dulu mengetahui perbuatan lelaki itu menyayanginya dan melayaninya lebih baik dari melayaniku. Semuanya seolah dirampas lelaki itu.

Kepada para pembaca, adakah kes ini dapat dibawa ke mahkamah.

Kerana pernah aku berniat untuk membawa kes ke mahkamah namun ramai berkata kerana tiada bukti jadi kes ini tidak dipandang. Jadi bagaimana untuk membuktikan.

Andai tidak boleh ke mahkamah bagaimana untuk ku lepaskan rasa sakit didada.

Adakah aku perlu redha. Adakah aku perlu menyimpan kesakitan ini sehingga ke hari tua?

BACA:
Lelaki ini mengalami batuk berterusan selama 2 bulan, terkejut dapat tahu ada ‘benda’ bersarang dalam tekak
Hidup sekumpulan nelayan berubah menjadi kaya lepas jumpa bangkai ikan paus di laut
Sekumpulan doktor terkejut tengok gelas besar dalam perut pesakit ini, semua tercengang lepas tahu cerita

Leave a Comment