TerasMalaysia

Ada perbezaan yang ketara di kad pengenalan Sabah dan Sarawak dari orang Semenanjung

Ada perbezaan yang ketara di kad pengenalan Sabah dan Sarawak dari orang Semenanjung

Tahukan anda tentang kad pengenalan yang pertama telah dikeluarkan pada tahun 1948 dengan tujuan untuk membendung ancaman komunis dan yang dikenali sebagai Kad Beras pada ketika itu yang telah dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu.

Semua kad pengenalan yang dikeluarkan oleh pihak JPN berserta dengan nombor-nombor membawa maksud yang tersendiri iaitu angka pada awal nombor adalah merujuk kepada tahun, diikuti dengan bulan dilahirkan dan tarikh hari kelahiran.

Manakala, nombor di bahagian tengah yang terdapat pada kad ic seperti contoh ini 760112-02-5729 iaitu 02 adalah kod negeri kelahiran seseorang berpandukan kepada tempat di mana individu tersebut dilahirkan.

Walau bagaimanapun, tahukah korang kalau seseorang itu berasal dari Sabah dan Sarawak, kad pengenalannya sedikit berbeza dari orang Semenanjung kerana mereka mempunyai satu huruf khas di hujung kad?

Perkongsian seorang pengguna Twitter @/yarafee_ baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila dia memberitahu terdapat huruf kecil ‘K’ di belah kanan IC orang Sarawak dan huruf ‘H’ untuk IC orang Sabah.

Huruf-huruf ini adalah satu hak keistimewaan yang menunjukkan pemegang kad pengenalan ini merupakan anak jati Sabah dan Sarawak.

Malah status kerakyatan sebenar bagi negeri-negeri ini juga bukan ditentukan pada kod negeri (kod di tengah nombor kad pengenalam) tetapi kehadiran huruf tersebut pada MyKad yang ibarat pasport untuk mendapatkan keistimewaan terutamanya dalam urusan imigresen.

Katanya lagi, jika orang Semenanjung ingin memasuki dua negeri ini, mereka juga perlu ada pasport atau pas lawatan sosial selama 90 hari.

Menurut sumber, huruf K dan H itu juga diambil daripada huruf terakhir nama kedua-dua negeri tersebut:

Sabah = H

Sarawak = K

Huruf-huruf ini juga sebenarnya menandakan Sarawak dan Sabah masing-masing merupakan wilayah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) point 18/20.

Tak semua boleh dapat tanda K pada kad pengenalan

Tweet berkenaan juga ada menjelaskan tidak semua yang lahir di Sarawak boleh mendapat kad pengenalan dengan tanda K tersebut.

Untuk mendapatkan tanda K, ibu bapa pemilik MyKad atau salah seorang daripada ibu bapa mestilah anak jati Sarawak.

Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengambil endah kod K tersebut, tetapi harus diingat kod K adalah harta paling bernilai di Sarawak. Tanpa kod K anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak.

Sumber

Baca : Pemilik rumah tampal nota depan rumah sebab tak nak orang parkir dikecam penduduk

Leave a Comment