Ada side mirror tapi tak nak guna – Gelagat dua pelajar di tahan polis buat ramai terhibur
Setiap pengguna jalan raya haruslah mematuhi segala peraturan jalan raya demi keselamatan diri sendiri.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi dua pelajar di jalan raya telah meraih tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hafiz.danial di TikTok, kelihatan dua penunggang motosikal yang lengkap dengan pakaian seragam sekolah menengah itu bertindak untuk melanggar lampu merah telah dirakam di Bandar Baru Bangi.
Video tersebut sempat dirakam oleh seorang individu menerusi telefonnya dalam kereta yang turut menunggu lampu isyarat hijau.
Pelajar berkenaan bertindak untuk melanggar lampu isyarat walaupun banyak kenderaan yang sedang memecut di lampu isyarat laluan bertentangan.
Dalam video berkenaan dapat dilihat, pelajar itu tidak menyedari kehadiran motosikal polis di belakangnya dan terus melanggar lampu isyarat merah menyebabkan mereka telah ditahan oleh anggota polis itu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut pelik dan terhibur dengan tindakan pelajar ini.