Adakah Orang Tua Tarik Tangan Masa Nak Cium Salam Itu Biadap? Ini Penjelasannya Dari Netizen
Amalan mencium tangan ini merupakan lambang penghormatan, kepatuhan dan kadang-kadang pengabdian seseorang kepada orang yang disegani atau dihormati. Tetapi perkara yang paling awkward adalah saat nak bersalaman dengan orang tua tapi baru je tunduk dia dah tarik tangan cepat-cepat.
Nampaknya ia dah jadi satu isu buat segelintir golongan kerana ada yang anggap perbuatan tersebut tak ada akhlak terhadap anak-anak muda.
Ianya menjadi topik perbualan setelah isu ini dibangkitkan menerusi satu perkongsian video daripada TikTok. Menurut pemilik video, tindakan sebegitu dianggap kurang ajar.
Dalam perkongsian tersebut juga, didakwa perbuatan menarik tangan saat bersalaman itu melambangkan bahawa seseorang itu marah dengan si tukang salam ataupun seseorang itu kurang akhlak.
Pemilik video kemudiannya menunjukkan cara-cara yang sopan untuk elak daripada tangan dicium iaitu, menahan bahu, tepuk sedikit dan berdalih seperti menyatakan tangan tak berapa bersih.
Video tersebut telah meraih sebanyak tontonan dan rata-rata netizen kurang setuju dengan info yang disampaikan ini. Bagi meraka ada maksud tersirat yang lain disebalik perbuatan tersebut.

“Itu tanda merendah diri” – Netizen
Bagi mereka, gaya itu sebenarnya bukanlah melambangkan bahawa seseorang itu tidak suka pada orang yang menghulurkan salam, tetapi tindakan menarik tangan sebelum dicium itu bermaksud rendah diri dan memuliakan orang yang bersalam dengannya, pendek kata orang itu tak nak dia rasa terhormat.
Walaubagaimanapun, ada juga netizen yang beranggapan bahawa tindakan ini telah membuatkan ramai anak muda terasa hati dengan perbuatan itu.
Baca: Gelagat Si Ayah Guna Tudung Saji Sebagai Alatan Untuk Tangkap Kucing Ini Cuit Hati Netizen