TerasMalaysia

Adik manis berbangsa india ini buat ‘sesuatu’ bikin netizen terkejut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Adik manis berbangsa india ini buat ‘sesuatu’ bikin netizen terkejut

AL-QURAN merupakan kitab suci yang diwahyukan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat dan petunjuk bagi manusia yang beriman dan bertakwa dalam kehidupan mereka.

Malah, kandungan di dalam al-Quran juga bagi memberi pengajaran kepada manusia dan oleh sebab itu, mereka akan mengetahui pelbagai jenis kebenaran dan kepalsuan di dunia dan akhirat.

Namun, terdapat sebuah video mengejutkan dimana seorang gadis berbangsa India dan beragama Hindu bernama Divya Darshini telah menjadi perhatian warganet baru-baru ini selepas lancar membaca surah-surah dalam Al-Quran.

@lan5388

smoga mendapat hidayah…😊😊🤲🤲 Amin..

♬ original sound – lan538 – lan538

Hal ini selepas video live beliau di media sosial TikTok bersama memperlihatkan Divya membaca iqra dan kemudian meneruskan membaca surah An-Naas. Malah, ramai terpegun selepas Divya membaca surah tersebut kerana kelancarannya membaca surah itu.

Untuk info, Divya membuat live di tiktok bersama seorang wanita Melayu dan kemudiannya bertanya surah paling panjang yang dihafal. Kemudian Divya membaca surah Yaasin dan menyatakan itu surah terpanjang yang dia hafal.

Menurut gadis berbangsa India ini lagi, beliau sering membaca surah Kursi jika takut terlihat hantu sewaktu kecil dahulu dan masih ingat sehingga sekarang.

Rata-rata warganet terkejut dan kagum dengan hafalan Al-Quran gadis ini. Malah tidak kurang juga yang memuji kecantikan dan mendoakan agar gadis ini diberikan hidayah dan petunjuk.

Sumber

Baca : Pertanyaan lelaki ini buat orang awam terpinga-pinga nak jawab

Leave a Comment