TerasMalaysia

Agong kena ‘tipu’ dengan rakyat hidup-hidup, ramai berdekah sebab kejadian tu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Agong kena ‘tipu’ dengan rakyat hidup-hidup, ramai berdekah sebab kejadian tu

Gelagat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang terhibur selepas ‘tertipu’ dengan lelaki tersebut tular di media sosial, bukan sahaja mengundang gelak tawa orang ramai di lokasi, bahkan pengguna media sosial juga.

Berdasarkan video itu, baginda sedang bertemu dan beramah mesra dengan penduduk serta menyampaikan sumbangan.

Sultan Abdullah kemudiannya tertarik melihat seorang pemuda dengan fesyen rambut warna kelabu sebelum bergurau senda dengannya.

“Ini untuk awak. Color rambut balik,” titah baginda sambil menghulurkan sekeping sampul.

Difahamkan baginda mengharapkan agar lelaki berkenaan kembali menukar rambutnya kepada warna hitam.

Pemuda itu kemudiannya tampil ke depan untuk merakam swafoto dengan baginda sebelum membuka topi rambut palsu berkenaan yang biasanya dipakai oleh peminat cosplay.

“Rambut betul ke ni? Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut… Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” baginda bertitah sambil meletakkan tangan di dahinya.

Seri Paduka Baginda kemudiannya menitahkan agar mereka mengambil gambar bersama buat kali kedua.

Orang ramai yang berada di kawasan itu turut kelihatan terhibur melihat aksi baginda yang terkena ‘prank’ secara tidak sengaja.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap merendah diri baginda yang disifatkan sangat dekat dengan hati msyarakat.

Sumber

Baca : Rakan sekerja kantoi berduaan dalam rumah dengan isteri masa suami pergi kerja

Leave a Comment