Ah Long Mirip ‘Song Joong-ki’ Dapat Hidayah, Kini Jadi Pendakwah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ah Long Mirip ‘Song Joong-ki’ Dapat Hidayah, Kini Jadi Pendakwah

Kisah seorang lelaki di Indonesia yang berhijrah daripada bergelar seorang bookie judi kepada pendakwah bebas menarik perhatian ramai apabila wajahnya turut disamakan dengan aktor popular Korea Selatan, Song Joong-ki.

Lelaki bernama Dennis Lim itu berkata, dia dahulunya menjalankan perniagaan kasino dan turut bergelar ‘Ah Long’.

Kasino itu kemudian terpaksa ditutup selepas dia bankrap.

“Hidup saya bagaikan roller coaster. Semasa kecil, saya sering dibeli mainan namun apabila dewasa, keadaan kewangan mengalami kesempitan,” ujarnya.

Tambah Dennis, dia masih mendapat tawaran pekerjaan dalam bidang perjudian di Thailand selepas memutuskan untuk berhijrah dan meninggalkan dunia perjudian.

“Sempat juga berada dalam dilema disebabkan iman amat lemah ketika itu dan tidak berani menolak,” ujarnya.

Tambahnya, dia ketika itu tetap menunaikan solat lima waktu walaupun terlibat dalam perniagaan judi.

Dennis bagaimanpun meminta petunjuk tanpa henti agar ditetapkan hatinya untuk berhijrah dan meninggalkan bidang perjudian.

“Semuanya berubah apabila seorang guru memberitahu saya bahawa dalam solat kita ada menyebut ayat yang bermaksud ‘tunjukkan kami jalan yang lurus’.

“Walaupun sering mengucapkan ayat itu, saya tetap ‘berjalan’ ke arah yang tidak lurus (judi). Disebabkan ayat itu, pada 2017, saya benar-benar berhijrah,” ujarnya.

Sumber

Baca : Orang sewa lari tak bayar keadaan dalam rumah penuh dengan najis dan bangkai kucing!

Leave a Comment