TerasMalaysia

Ahli Parlimen Kelantan ‘kantoi’ guna air pili bomba untuk kepentingan diri dan penduduk

Ahli Parlimen Kelantan ‘kantoi’ guna air pili bomba untuk kepentingan diri dan penduduk. Satu berita tular di media sosial mengenai Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dikatakan menyalahgunakan pili bomba bagi mendapatkan bekalan air kepada penduduk.

Tindakan tidak wajar itu telah mendapat perhatian ramai netizen termasuk juga Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri KPKT, Nga Kor Ming memberitahu pihak mereka akan membuat siasatan terperinci kepada ahli pembangkang itu dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya didapati bersalah.

Ahli Parlimen Kelantan kantoi guna air pili bomba untuk kepentingan diri dan penduduk

Sumber air dari pili bomba digunakan bagi memadam kebakaran bukan digunakan sebagai bekalan air untuk kegunaan seharian. Jika semua orang pakai air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku.

Sebelum ini, Siti Zailah atau Kak Lah didakwa menggunakan pam penyedut bagi mengambil air dari pili bomba dan mengagihkan kepada penduduk setempat atas dana nama sendiri.

Betul juga kata Menteri, kalau tiba-tiba rumah terbakar macam mana?

BACA:

Tak sangka 5 taktik ini digunakan scammer di Malaysia, nombor 5 tu ramai yang hilang duit sampai puluh ribu ringgit

”Adik aku tersedar di tengah malam dan dia bagitau yang dia ternampak satu sosok tubuh tepi peti ais”

Pelik dengan rasa makanan yang dipesan melalui aplikasi, lelaki ini tak senang duduk lepas tahu perkara sebenar

Leave a Comment