Ahli Parlimen turun padang bersihkan rumah keluarga ini, dipenuhi binatang berbisa dan sampah sarap

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ahli Parlimen turun padang bersihkan rumah keluarga ini, dipenuhi binatang berbisa dan sampah sarap

Sebuah keluarga yang hidup dikelilingi lipas, tikus, ular dan lipan di dalam sebuah rumah serba daif akhirnya mampu bergerak bebas selepas kediaman tersebut dibersihkan.

Ahli Parlimen daripada Parti Move Forward, Chorayuth “Tonkla” Chaturapornprasit dan pasukannya membantu keluarga tersebut yang selama ini hidup bersama haiwan berbahaya itu disebabkan rumah mereka dipenuhi sampah-sarap di daerah Bang Kho Laem, Bangkok.

Dalam satu hantaran di laman Facebook pada 19 Ogos lalu, Tonkla berkata, beliau melawat keluarga tersebut selepas menerima maklumat mengenai keadaan mereka yang daif.

Menurutnya, keluarga tersebut terdiri daripada seorang kanak-kanak enam tahun, ibunya dan dua neneknya.

Salah seorang daripada warga emas di rumah itu mengalami masalah mental dan sering mengutip sampah sarap dari luar yang kemudiannya memenuhi kediaman berkenaan.

Akibat perbuatannya, kediaman itu menarik perhatian banyak binatang berbisa dan memudaratkan.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik, rumah tersebut dipenuhi botol plastik, beg plastik, baju, kasut dan pelbagai lagi barangan terbuang.

Setiap ahli keluarga pula terpaksa tidur di atas tilam yang diletakkan di atas timbunan sampah dengan lipas memenuhi setiap sudut.

Pasukan Tonkla turut terkejut apabila melihat bilangan lipas, tikus, ular dan lipan yang berada di dalam tong sampah.

Tonkla dan pasukannya membantu membuang sampah-sarap dan kekotoran bagi membersihkan rumah tersebut selain membeli perabot baharu untuk digunakan keluarga berkenaan.

Menurut Tonkla, dia turut meminta agar ahli keluarga tersebut tidak lagi mengutip sampah-sarap selain menggesa mereka agar mandi setiap hari.

Baca : Budak OKU trauma ke sekolah, gara-gara dihina, dibuli cikgu sendiri, siap ugut nak buka kain

Leave a Comment