TerasMalaysia

Ahli politik kantoi dera isteri kedua, dipaksa lakukan seks, didera teruk ketika sedang hamil

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ahli politik kantoi dera isteri kedua, dipaksa lakukan seks, didera teruk ketika sedang hamil. Pihak polis sedang menyiasat kes dakwaan seorang ahli politik melakukan keganasan terhadap isteri keduanya selepas wanita itu membuat laporan polis.

Memetik laporan CNN Indonesia, anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera iaitu Bukhori Yusuf didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri keduanya semasa wanita itu sedang hamil.

Ahli politik itu juga didakwa mengasari isterinya dengan memijak tubuh mangsa, menampar pipi, bibir, mengigit tangan dan mencekik leher. Bukhori juga dilaporkan pernah memukul menggunakan kerusi dan menekap muka isterinya dengan bantal sehingga mengalami kesukaran bernafas.

Lebih parah lagi, dia bukan sahaja melakukan keganasan secara fizikal malah dia sering memaksa isterinya itu untuk melakukan hubungan seksual secara paksa sehingga mangsa mengalami kesakitan dan pendarahan.

Selain mengalami keganasan fizikal dan seksual, mangsa turut mengalami masalah kesihatan mental apabila ahli politik itu selalu menghina fizikalnya iaitu membandingkan dengan wanita lain.

Ahli politik kantoi dera isteri kedua, dipaksa lakukan seks, didera teruk ketika sedang hamil

Mangsa dilaporkan mengalami trauma dan kemurungan berikutan kelakuan melampau suaminya itu.

Difahamkan kesemua insiden itu berlaku pada tahun 2022 dan mereka kini dilaporkan sudah bercerai setelah sembilan bulan berkahwin.

Dalam pada itu, Bukhori telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Pewakilian selepas kes itu tersebar luas.

BACA:
Pemandu Grab dikecam netizen, tular video pegang ‘anu’ masa bawa penumpang perempuan
Dakwa suami hilang di Genting Highland, tak sangka isteri sendiri yang bunuh, siap buat kari dalam periuk besar
Pengasuh taska kejam! Lempang muka bayi berkali-kali, tekup muka dengan bantal sampai menangis

Leave a Comment