TerasMalaysia

Timbalan Menteri Dikesan Bersama Gelandangan Di Tepi Jalan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Timbalan Menteri Dikesan Bersama Gelandangan Di Tepi Jalan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menghulurkan sedekah kepada seorang gelandangan berjaya dirakam.

Ahli Parlimen Pontian tersebut dilihat bersama dua lagi individu dirakam menyapa dan menghulurkan sedikit wang kepada seorang lelaki baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di laman sosial Tik Tok milik Jebat_jalanan itu, Ahmad dilihat menyapa dan menghulurkan sejumlah wang kepada lelaki terbabit.

@jebat_jalanan

lalu disitu tadi ternampak Datuk Ahmad Maslan. ingat nak pergi jumpa bersalam, tapi terpaku apabila nampak Datuk Ahmad Maslan tertoleh pada gelandangan yang lalu sebelah mereka, terus Datuk Ahmad Maslan selok poket nak ambil duit. babak tu tak sempat rakam. semoga Datuk Ahmad Maslan terus dimurahkan rezeki. #AhmadMaslan #TimbalanMenteriKewangan #pascaPRU15 @ahmadmaslan_

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Tinjauan di Twitter milik Ahmad juga mendapati beliau turut memuat naik video terbabit.

“Terima kasih Jebat Jalanan yang sebar #TikTok ini. Saya langsung tidak sangka ada yang ambil video.

“Saya beri RM50 kepada saudara kita yang susah itu, terserempak ketika berjalan kaki untuk ke Bangunan UMNO di WTCKL pagi Sabtu 7/1/23.

“Moga beliau tabah dalam menghadapi kehidupan ini,” ciap Ahmad.

Sumber

Habis Barang Berharga, Detik Cemas Pintu Kapal Terbang Terbuka Dirakam Penumpang

Leave a Comment