TerasMalaysia

”Akhir-akhir ini aku terfikir, sampai bila aku akan buat kerja macam ini? Aku akui, pernah juga serve air haram”

”Akhir-akhir ini aku terfikir, sampai bila aku akan buat kerja macam ini? Aku akui, pernah juga serve air haram”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Tolong jangan kecam luahan aku, mungkin agak keterlaluan luahan aku ni. Hi readers out there, just a simple introduction of me, i’m Rita, 25 years old and currently working as a stewardess for one airline company in Malaysia.

Hampir 3 tahun bergelumang dengan kerjaya ini yang asalnya terbit daripada minat. Aku nak share perasaan dan minta pendapat jua sokongan daripada respected readers. Honestly speaking, awal-awal bekerja memang rasa seronok dan teruja.

Yelah, kerjaya famous kan (kononnya). Rasa macam dream comes true. Berjaya mendapat apa yang diimpikan sejak kecil. Boleh jelajah macam-macam negara. Boleh peragakan uniform lawa, pakai cantik-cantik, kenal ramai penumpang. Syok memang syok tapi sebenarnya hati aku terasa kosong. Ada yang kurang. Gelisah semacam.

Kerjaya ni memang cita-cita aku dari kecil, sejak dibangku sekolah, memiliki rupa paras yang agak cantik, bentuk badan yang mengiurkan, bila isi borang kad pelajar, bahagian cita-cita, aku tulis nak jadi pramugari.

Cikgu dan rakan-rakan kelas memang terkejut juga. Yela.. Umur seawal 15 tahun dah bercita-cita yang agak pelik dari rakan-rakan lain kebnyakannya isi nak jadi askar, polis, doktor bla bla bla. So, umur seawal tu, aku dah belajar tengok youtube cara jalan catwalk, mula mengenakan pakaian seksi, skirt pendek, rambut kaler-maler.

Aku lebih terdedah dgn cara seharian kehidupan pramugari. Mak ayah memang tak pernah halang aku dari kecil cuba mengenakan pakaian, cara jalan ala-ala hot model pramugari.

Mereka tak banyak bercakap mengenai cita-cita aku sebab mereka masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Opss sebelum terlupa ayah aku kerja imigrsen manakala mak aku pula bisnes yg mempunyai butik muslimah. Alhamdullillah, tamat SPM aku dimurahkan rezki dapat sambung belajar di IPTS di semenanjung Malaysia.

Yes, masanya sudah tiba, time semester akhir disana, dah tiba masa aku beraksi, aku lebih cenderung buka laman web sesi interview sebagai pramugari, syarat-syarat pramugari, benefit pada masa akan datang if aku dapat jadi pramugari.

Cara pemakaian aku memang jauh berbeza degan kawan-kawan yang lain, duit pinjaman PTPTN aku habiskan beli barang kecantikan, baju dan skirt yang cantik-cantik, menjolok mata supaya senang orang tertarik dengan aku.

Ini skill aku cara aku. Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba sekian lama. Aku dapat panggilan interview pramugari! Berbekalkan ilmu yang ada, aku berjaya dalam saringan interview tu. Bangga dan seronok tunjuk dekat mak dan ayah, tapi awalnya ayah macam tak setuju.

Bukan sbab cara pemakaian tapi takut aku jauh dengan family. Family aku tak ambil kisah sangat dengan cara pemakaian seksi aku even mak buka butik muslimah. Masih ingat hari pertama memulakan kerja, mak dan ayah hantar aku. Dah macam hantar nak pergi jalan jauh, siap bye-bye dekat aku.

Kawan-kawan lain hanya gelakkan aku dan ada senior yang cakap ”It’s 1st time? hahaha”. Aku diam tunduk hanya mengangguk saja. Hari demi hari, tahun demi tahun aku dah biasa, mak dan ayah dah tak hantar aku, aku berjaya jadi staff terbaik dalam masa yang singkat atas komitmen mesra yang aku tonjolkan.

Aku berjaya kumpul duit dengan banyak dengan “side income” aku buat. Aku berjaya beli kereta dan rumah seawal usia aku 20-an. Memang bangga sangat! Semakin hari semakin sedih dan sebak dengan kerjaya aku. Terasa diri ini sangat hina dan jahil.

Akhir-akhir ini aku terfikir, sampai bila aku akan buat kerja macam ini? Aku akui, pernah juga serve air haram kat passengger atas dasar tugas. Sebut pasal kerja ”side income ” yang aku buat. Aku jadi call girl utk passenger yg status VIP dan orang kaya. Tapi bukan di Malaysia.

Hasil didikan senior-senior yang lain, aku berjaya jadi call girl yang jadi rebutan VIP. Bila sampai je satu destinasi (negara lain). Aku akan tinggalkan number handphone pada passenger VIP yg teringinkan layanan aku 1 malam. Eh jangan fikir bukan-bukan, aku masih dara.

Cuma ringan-ringan tu ada la. Bila, malam mereka akan text ataupun call untuk temani mereka minum, teman sembang borak dalam hotel. Ya memang ada yang hidung belang, cuba ambil kesempatan atas diri aku. Dengan tips-tips yang dibekalkan oleh senior aku berjaya menepis, just layan sembang dengan mereka sahaja.

Masih ingat lagi, ada seorang VIP dari singapura offer RM5k untuk 1 malam dengan syarat aku harus berbikini datang ke bilik dia malam tu, hati tak sedap, aku tolak secara baik perlawaan dia.

Aku just jadi teman borak sahaja. Ada VIP sanggup bayar aku jadi perempuan simpanan dia time dia travel dari Malaysia ke Australia. Dia nak aku layan dia sepanjang dia disana. Aku tolak atas dasar tugas aku yang tak menentu penerbangan. Segala perbuatan dan kerja sampingan tidak dapat dihidu oleh family aku.

Setiap bulan aku akan bagi wang yang banyak pada keluarga, bila ayah tanya banyak duit kakak. Aku hanya jawab rezeki aku jangan ditolak. Bila balik rumah family, wajib bagi aku beli ole-ole setiap kali ke negara lain. Memang seronok la family aku, habis cerita dicanang kat adik-beradik sepupu sepapat yang lain.

Dalam diam tak diam, tiba-tiba hati aku tersentak bila aku terpaksa join 1 penerbangan ni ke tanah suci, aku mula kenal dengan seorang mutawif ni. Bila dia mula sapa aku dengan memberi salam. Hanya dengan 1 salam aku balas dengan senyuman dan balas salam itu.

Perjalanan yang lama membuat aku terpaksa serve dia bnyak kali. Dengan pakaian yang agak seksi aku malu dan tunduk muka ke lantai untuk bercakap dengan nya. Dia pun menjaga aib mata tidak melihat wajah aku. Aku terasa malu dan keji sangat time tu, ntah kenapa secara tiba-tiba aku rasa semacam je.

Cuma sebelum dia turun dari pesawat time tu, dia ada nasihati aku. Ayat dia macam ni ”Sejahat-jahat manusia, bertaubatlah sebelum terlambat, Allah tu Maha Pengampun dan Penyayang “. Aku hanya mampu tersenyum. YES!! I’m crying thats moment tapi dalam toilet.

Aku cuci semua makeup aku, tarik rambut aku bewarna perang, aku capai skaf yang agak pendek yang selalu aku lilitkan di leher, aku tutup rambut aku time tu. Memang staf lain agak terkejut tiba-tiba aku keluar toilet mata merah. Pertama kali aku ucapkan istighfar sekian lama.

Selama ni aku pakai pakaian seksi atas dasar tugas. Melayan passenger tak kira lelaki atau perempuan atas dasar tugas. Semuanya aku guna alasan atas dasar tugas. Sampai bila? Aku rasa benci sangat dengan diri ini, rasa kotor dan jijik.

Bercakap tentang passengers, agak-agak siapa yang aku paling suka layan? Tan Sri? Datuk? Y.B? Bussinessman? Artis? Salahhhh! Semua salah! Jujur aku cakap, passenger yang paling aku suka layan adalah jemaah Haji atau mereka yang nak mengerjakan umrah sejak peristiwa hari tu.

Tenang dan sejuk sangat muka diorang. Jernih dan berseri je. Aku rasa cemburu betul. Sejak penerbangan tu aku tengok merekalah aku jadi terfikir apa nasib aku. Macam mana kalau aku mati di atas sana dalam keadaan aku sekarang.

Warga emas yang tak larat bertongkat pun bersemangat nak pergi tanah suci. Walhal aku yang muda dan kuat lagi pun belum jejakkan kaki kat sana lagi. Kanak-kanak kecil pun ada sekali, untung sangat mereka. Aku layan mereka betul-betul, aku lemparkan senyuman seikhlas hati kepada mereka, tak putus-putus aku berdoa supaya aku pun dijemput menjadi tetamu di tanah suci.

Aku benar-benar berharap larangan minuman keras di dalam kapal terbang akan cepat dikuatkuasakan. Juga sangat-sangat berharap pakaian stewardess akan lebih sopan dan menutup aurat. Tapi, aku tak tahu bila benda ni akan menjadi realiti. Mungkin ajalku datang terlebih dahulu. Aku takut.

Buat mutawif yg menegur aku hari tu, terima kasih banyak-banyak. Sekarang aku dalam usaha dalam pencarian kerja lain. Aku dah stop kerja ”side income” aku. Aku tolak perlawaan secara baik even ada regular customer offer harga yang lebih tinggi dari sebelum tu.

Therefore, for the sake of my creator and sacred religion, i’m leaving this career. I strongly believe, rezeki Allah itu luas. Allah tidak akan hampakan hamba-Nya. Moga Dia kuatkan aku dan bimbing aku meneruskan langkah baru ini.

Baca : Enjin bas tercabut dan terjatuh masa hantar budak sekolah pulang, kejadian paling ‘rare’

Leave a Comment