
Akhirnya polis jumpa kepala model terkenal ini, siap sorok dengan rusuk sekali dekat tempat tu
Polis berjaya menemui kepala model dan pempengaruh terkenal, Abby Choi dalam salah satu daripada dua periuk besar yang mengandungi sup dan mayat manusia, beberapa hari selepas dia dibunuh dengan kejam.
Pada ahad pihak polis mengesahkan menemui kepala dan bahagian badan mangsa dalam periuk besar berkenaan pada Jumaat dari sebuah rumah di daerah Tai Po luar bandar Hong Kong di mana dia dikatakan dibunuh dan disembelih.

Kepala dan tulang rusuk itu dipercayai milik Choi, tetapi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperlukan untuk mengesahkannya.
Lebih menggerunkan lagi, kedua-dua periuk itu diisi hampir penuh dengan sup dan daging cincang dipercayai sisa manusia. Terdapat juga lobak merah dan lobak hijau di dalamnya.
Periuk-periuk itu dibawa ke rumah mayat pada Sabtu dan Ahad sebelum pakar forensik mula meneliti kandungannya.
Ketika itulah mereka menemui kepala dan rusuk, dan dipercayai seseorang memukul kepala mangsa.
Menurut Unit Jenayah Wilayah Kowloon Barat, Superintendan Alan Chung, tulang manusia ditemui di dalam sebuah periuk sup yang lebih kecil.
Pakar forensik juga menemui lubang berukuran 6.5 cm dan 5.5 cm di belakang tengkorak dan dipercayai berpunca daripada pukulan yang membawa maut.
Lima orang sudah ditahan berkaitan dengan kes bunuh tersebut, iaitu bekas suami mangsa bersama abang dan ibu bapanya, dan kekasih bekas bapa mertua mangsa.
Pihak polis berjaya mengesan kes pembunuhan itu apabila menemui anggota badan mangsa di sebuah pangsapuri di Lung Mei Tsuen setelah dilaporkan hilang pada Selasa.
Polis turut menemui pengisar daging, gergaji elektrik dan dua buah periuk sup yang mengandungi tisu manusia, dua pemotong daging, tukul, pelindung muka, baju hujan hitam dan sebuah beg tangan berwarna ungu milik Abby selain dua kaki wanita dalam peti sejuk.

Suspek dilaporkan telah menutup dinding pangsapuri itu dengan layar.
Polis sedang meneruskan pencarian untuk anggota badan mangsa yang lain seperti tubuh badan dan tangan.
Seramai 100 anggota polis melakukan pencarian di Tanah Perkuburan Tseung Kwan O sejak Sabtu lalu dan memeriksa longkang di Lung Mei Tsuen untuk mencari anggota badan yang lain.
Polis membuat pencarian di kawasan tersebut berikutan siasatan polis yang menunjukkan bahawa bekas bapa mertua dan bekas abang ipar mangsa berada di kawasan tersebut pada Rabu, sehari selepas mangsa dilaporkan hilang.
Mangsa dilaporkan hilang selepas gagal menjemput anak perempuannya pada Selasa.
Pihak berkuasa percaya Abby mempunyai ‘pertikaian kewangan’ dengan bekas suaminya dan keluarganya mengenai hartanah berharga 100 juta dolar Hong Kong (RM55.51 juta), yang dia telah merancang untuk menjualnya.
“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak ‘pertikaian kewangan’ membabitkan jumlah yang besar.
“Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, sekaligus menjadi motif utama untuk membunuhnya,” kata Alan Chung.
Selepas mereka memecah masuk ke dalam rumah yang disewa oleh bekas bapa mertuanya pada petang Jumaat, polis menemui dua kaki di dalam peti sejuk, serta kad pengenalan, kad kredit, dan barang-barang lain mangsa.
Baca : Gara-gara duit, mayat model terkenal hancur dikisar bekas suami, lebihan daging ada dalam peti ais