Akibat bunyi muzik yang kuat dalam sebuah majlis kahwin, 63 ekor ayam milik penternak mati akibat sakit jantung

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Akibat bunyi muzik yang kuat dalam sebuah majlis kahwin, 63 ekor ayam milik penternak mati akibat sakit jantung.

Penganjur pesta perkahwinan telah dituduh sebagai penyebab kematian 63 ekor ayam yang terkena serangan jantung berpunca daripada bunyian muzik yang rancak dan kuat daripada majlis itu.

Pesta perkahwinan tradisional India yang turut menampilkan persembahan bunga api, tarian dan pancaragam itu juga dikatakan telah menakutkan ayam-ayam berkenaan.

Ranjit Kumar Parida yang menternak ayam-ayam itu berkata, penganjur acara berkenaan membunyikan muzik yang terlalu kuat sehingga dapat didengari di ladang ayamnya di Odisha sebelum tengah malam.

“Saya telah meminta kumpulan yang memainkan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam-ayam saya.

“Bagaimanapun, mereka tidak mahu mendengar permintaan, bahkan, seorang rakan pengantin lelaki memarahi saya pula,” katanya kepada AFP.

Akibat bunyi muzik yang kuat dalam sebuah majlis kahwin, 63 ekor ayam milik penternak mati akibat sakit jantung

Sementara itu, seorang doktor veterinar memberitahu Parida bahawa ayam-ayamnya mati akibat serangan jantung.

Sehubungan itu, dia bertindak membuat laporan polis berikutan penganjur pesta perkahwinan itu enggan membayar pampasan atas kerugiannya.

Dalam perkembangan sama, AFP melaporkan, Profesor Zoologi, Suryakanta Mishra memberitahu, risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan burung boleh meningkat akibat diganggu dengan pencemaran bunyi yang kuat.

Menurut beliau, ayam dikawal oleh irama yang dipengaruhi cahaya semula jadi atau kitaran cahaya siang dan malam.

“Keseronokan atau tekanan secara tiba-tiba akibat muzik yang kuat boleh mengganggu jam biologi mereka,” kata Mishra yang pernah menulis bukut berkaitan kelakuan haiwan.

Berbalik pada kisah kekecohan pesta perkahwinan itu, pengakhirannya pihak polis berjaya memujuk penganjur untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara persefahaman

“Polis tidak mengambil sebarang tindakan memandangkan pemilik ayam juga sudah menarik laporan,” kata jurucakap polis Drooupadi Das.

BACA:
Tiba-tiba menjerit ketika menunaikan umrah, tak dapat melihat Kaabah gara-gara ilmu hitam dan salah guna duit
Berang permintaan tidak ditunaikan, peminta sedekah mengamuk baling benda, siap ugut nak pukul
Penduduk terakam objek berbentuk cakera di ruangan udara dekat tasik, dipercayai UFO

Leave a Comment