Akibat Cemburu Suami Sanggup Belajar Buat Bom Melalui Youtube

Akibat Cemburu, Suami Sanggup Belajar Buat Bom Melalui Youtube

Cemburu dipercayai menjadi motif kepada kejadian seorang pembantu tukang masak maut selepas satu bungkusan bom buatan sendiri meletup di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu.

Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki mengesyaki mangsa yang berusia 28 tahun ada hubungan dengan isterinya ketika tukang masak terbabit tinggal utara tanah air.

Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun itu ditahan di Serdang, Kedah, malam Selasa oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Mereka kemudian terus dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, pada 29 Disember lalu, seorang tukang masak sebuah restoran di Pandan Indah, maut selepas membuka sebuah bungkusan yang diletakkan atas bonet keretanya.

Bungkusan berkenaan kemudian meletup secara tiba-tiba sebelum mangsa mengalami kecederaan serius pada badan dan tangannya.

Mangsa maut pada jam 9.50 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Terdahulu, sumber berkata, polis memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian letupan itu di sebuah rumah di Kedah, tengah malam tadi.

Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Setakat ini, daripada siasatan polis di tempat kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis percaya suspek kejadian letupan itu menggunakan bom buatan sendiri.

Rumusan itu dibuat susulan penemuan objek tertentu di lokasi kejadian yang mana polis percaya ia adalah kandungan untuk menghasilkan bom.

Antara bahan yang ditemui adalah peranti powerbank, serpihan pisau pemotong kertas dan bateri.

Polis turut tidak menolak kemungkinan ada lagi bahan-bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan letupan namun ia mungkin sudah hangus semasa kejadian.

Polis juga mengesyaki kemahiran membuat bahan letupan dipelajari menerusi media sosial.

Sumber

Kecoh Satu Ampang! Pelayan Maut Akibat Letupan Direstoran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *