TerasMalaysia

Akibat Dipukul Ombak, Dua Rumah Roboh

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Akibat Dipukul Ombak, Dua Rumah Roboh

Empat jambatan terjejas manakala dua rumah atas air roboh akibat dipukul ombak dan ribut. Kejadian tersebut berlaku di perkampungan atas air Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu, pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, dua penghuni sempat keluar menyelamatkan diri dari rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.35 malam.

Katanya, seramai empat anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh empat kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

“Dua mangsa iaitu penghuni telah keluar dengan sendirinya dari rumah dan dalam keadaan selamat namun maklumat mereka tidak diperoleh,” katanya.

Ordine berkata, pasukan bomba bertindak membuat pemantauan di sekitar kawasan berkenaan dan seterusnya memberi nasihat kepada penduduk untuk berpindah ke kawasan yang selamat.

“Hasil pemantauan dijalankan mendapati 11 rumah telah dinaiki air dan keluarga yang terjejas dipindahkan ke Dewan Kampung Tanjung Aru dan keadaan air ketika itu masih lagi berombak dan pasang,” katanya.

Katanya lagi, operasi ditamatkan pada jam 8.15 malam namun pemantauan dijalankan dari masa ke masa.

Jijik! Tikus Makan Ayam Goreng Di Restoran

Leave a Comment