TerasMalaysia

Akibat gelombang panas yang berlarutan, sungai Pahang jadi dataran pasir yang luas

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Akibat gelombang panas yang berlarutan, sungai Pahang jadi dataran pasir yang luas

Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 459 kilometer. Di hulu sungai ini terdapat Taman Negara yang dapat dilalui menggunakan rakit dan bot kecil.

Antara bandar di sepanjang sungai ini ialah Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan. Lembangan sungai Pahang merangkumi 70% kawasan negeri Pahang dan dua daerah di utara Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan sebahagian daerah Jempol.

Situasi cuaca panas yang melampau sekarang telah menyebabkan satu fenomena yang jarang berlaku sejak 20 tahun lalu. Mana tidaknya, Sungai Pahang yang sebelum ini sering dipenuhi air kini kering dan cetek sehingga ia menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Fenomena yang berlaku sejak bulan lalu ini disifatkan luar biasa dan tidak pernah berlaku sejak 20 tahun yang lalu.

Tambahnya lagi, fenomena kemarau yang terjadi di Kampung Pesagi ini telah menyebabkan terbentuknya dataran pasir yang luas sehingga 3KM.

Manakala tinjauan di Kampung Pesagi mendapati satu bahagian sungai telah kering sepenuhnya sehingga penduduk kampung boleh berjalan ditengah-tengah sungai tersebut.

Walau bagaimanapun, air di seberang pulau (saluran lain sungai) masih mengalir bebas walaupun gelombang haba berterusan.

Baca : Fakta yang mengejutkan tentang kucing, bagaimana cara haiwan ini melihat dan fikir tentang manusia

Leave a Comment