TerasMalaysia

Akibat hujan dan permukaan licin, kereta Google Maps terkandas dalam kebun tebu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Akibat hujan dan permukaan licin, kereta Google Maps terkandas dalam kebun tebu. Sebuah kereta Google Maps tersesat di sebuah kebun tebu di Malang, Jawa Timur selepas mengikuti arahan pada aplikasi pemetaan tersebut, lapor stesen penyiaran CNN hari ini.

Dalam kejadian pada Khamis minggu lalu, kereta Honda HR-V yang mempunyai kamera pada bahagian atas bumbung itu melalui jalan mati tersebut selepas gagal berpatah balik akibat permukaan jalan yang licin selepas hujan.

Menyedari kenderaannya menghadapi masalah, pemandu berkenaan meminta tolong penduduk setempat sebelum mereka membantunya menggerakkan kereta itu sejauh 400 meter menggunakan tali.

“Pada awalnya, penduduk tidak mengetahui bahawa kereta Google Maps masuk ke kawasan itu kerana sekiranya kami tahu, pasti kami memaklumkan bahawa ia jalan mati,” kata seorang penduduk, Amin.

Menurut Amin, jalan ke kebun tebu itu sememangnya muncul pada Google Maps, namun ia sebenarnya jalan mati.

Akibat hujan dan permukaan licin, kereta Google Maps terkandas dalam kebun tebu[

Tambahnya, itu bukan kejadian pertama kenderaan tersesat masuk ke dalam kebun tersebut kerana pada tahun lalu, terdapat sebuah kereta lain nyaris melalui jalan sama.

Insiden itu menjadi perhatian pengguna media sosial yang menyuarakan rasa lucu apabila ia disifatkan seperti ‘senjata makan tuan’.

“Itu akibatnya kalau selalu buat orang sesat (Google Maps), sekarang anda sendiri yang sesat,” kata seorang netizen.

“Google Maps pun boleh tersesat. Kalau perempuan yang tersesat anda katakan dia tidak pandai membaca peta,” ujar pengguna lain.

Kereta Google Maps dikenali ramai kerana ia mempunyai kamera besar pada atas bumbung dan berfungsi merakam gambar di sekelilingnya ketika bergerak di jalan-jalan raya untuk pemetaan Street View.

BACA:
Kenal di Facebook, wanita nekad suntik diri dengan darah HIV milik teman lelaki demi bukti cinta
Hospital menjadi huru-hara apabila salah satu pesakit tiba-tiba bersalin setelah koma selama 26 tahun
Demi agama, sayang dan masa depan, suami hadiahkan hantaran yang buatkan isterinya terkedu tanpa kata

Leave a Comment