Aksi bahaya ‘king’ ini membawa padah, tersangkut dalam lubang masa sibuk potong barisan
Baru-baru ini, tular video memaparkan sebuah Perodua Myvi yang tersangkut di bahu jalan sekaligus menjadi bualan netizen di media sosial.
Menerusi video dikongsikan TikTok @m.a7annnn, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Myvi berkenaan cuba memotong barisan di laluan tersebut.
Namun tindakan Myvi tersebut mengundang padah apabila laluan dilaluinya itu menyebabkan sebahagian kenderaannya tersangkut.
Meskipun sudah cuba menggerakkan kenderaannya ke belakang dan depan namun tidak berjaya keluar dari kawasan rumput berkenaan.
Susulan tindakan tersebut, bahagian bumper hadapan sudah tercabut mungkin disebabkan tersagat di kawasan yang tersangkut.
Turut menjadi perhatian, tiada siapa yang berhenti untuk membantu pemandu Myvi berkenaan.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen mengatakan bukan saja pemandu Myvi berkenaan mendapat malu malah terpaksa menangggung kerugian untuk membaiki keretanya.
Sementara itu, ada yang mengatakan semoga video tersebut dapat dijadikan pengajaran buat pengguna jalan raya lain supaya bersabar dan tidak memotong barisan.
Dalam pada itu, ada berasa kesian selepas menonton video tersebut. Mereka berpendapat pemandu Myvi itu mungkin dalam ‘kecemasan’ sehingga dia terpaksa memotong kereta-kereta lain.
Namun nasib tidak menyebelahinya, kereta pula tersangkut di bahagian tebing selekoh berkenaan.