Aksi Budak Lelaki Berumur 2 Tahun Ini Selamba Terjun Kolam Orang Dewasa Buat Netizen Kecut Perut
Kalau ibu bapanya sudah mengajar untuk explore macam-macam sejak kecil, ia memang tidak menjadi masalah bagi mereka dan ia sebenarnya bagus juga.
Tetapi, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila seorang budak lelaki terlalu berani gara-gara ingin terjun ke kolam orang dewasa telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @noratikajamal, kelihatan budak lelaki itu sedang melihat keluarganya mandi di kolam orang dewasa.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat seperti tidak sabar mahu terjun ke dalam kolam tersebut kerana seronok melihat orang lain mandi.
Namun, aksinya pula membuatkan ramai cuak kerana dikatakan terlalu berani. Walaupun ayahnya sudah menghalang beberapa kali, akhirnya dia tetap terjun ke dalam kolam tersebut sambil disambut ayahnya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan budak lelaki itu.