
Aksi Lelaki Ini Terkejut Bila Di’Prank’ Rakan-Rakan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Tidur memberi rehat kepada otak dan badan kita setelah penat melakukan aktiviti. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup, ia akan menjejaskan kesihatan dan minda anda. Ia akan menyebabkan anda kelihatan letih, kusam, tidak bermaya, hilang fokus dan tidak produktif.
Tidur Waktu Maghrib adalah dilarang dalam Islam. Ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan seperti mudah keliru malah boleh menyebabkan gangguan mental.
Itu lah terjadi kepada seorang remaja yang sedang nyenyak tidur di waktu maghrib di’prank’ oleh sekumpulan rakan-rakannya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @mynameisdzaky di TikTok, dilihat beberapa orang remaja memperagakan kostum seram bagi menakutkan seorang rakan mereka yang sedang tidur.
Apa yang lebih melucukan adalah reaksi rakannya itu ketika bangun tidur. Dia sangat terkejut dan nampak jelas rasa takut.
Video berkenaan kini telah meraih banyak tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi remaja itu ketika terkejut.
Baca : Gelagat Lelaki Ini Malu Setelah Dibahan Kawan Buat Netizen Terhibur