TerasMalaysia

Aksi Si Abang Tiru Gaya Ibu Masa Dodoikan Adik Mencuit Hati Netizen

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Aksi Si Abang Tiru Gaya Ibu Masa Dodoikan Adik Mencuit Hati Netizen

Anak-anak ibarat kain putih, jika didikan yang baik bermula dari rumah pastinya mereka akan membesar menjadi anak penyejuk mata hati. Sebab itu dalam islam digalakkan ibu bapa menjadi contoh dalam semua perkara.

Begitu lah yang dilakonkan oleh seorang kanak-kanak lelaki ini dimana dia menunjukkan bagaimana gaya saat ibunya mendodoikan si adik.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, Rabiatul Adawiyah (@rabiatulazhr_) berkongsi satu video yang menunjukkan gelagat anaknya yang amat mencuit hati dan mencuri perhatian netizen.

Dalam video berkenaan, anak lelakinya dilihat sedang mendodoikan si adik yang sedang tidur di dalam buaian. Sekali imbas, tiada apa yang menarik pun berlaku. Namun jika diperhatikan dengan teliti, si abang ketika itu dilihat sedang menggayakan perbuatan seseorang yang sedang menatap skrin telefon bimbit sambil melakukan tugas lain.

Perbuatan itu dipercayai kerana si abang sering melihat tindakan ibunya yang selalu menggunakan telefon bimbit ketika menjaga atau mendodoikan si adik di dalam buaian.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, netizen rata-rata mengakui terhibur dengan tingkah laku ditunjukkan oleh anak Rabiatul Adawiyah.

Selain itu ada juga yang berpendapat bahawa anak-anak mudah ‘menangkap’ apa yang sering dilakukan oleh orang dewasa, khususnya orang ibu bapa kerana kekerapan kehadirannya kedua-dua insan ini di dalam hidup mereka setiap hari.

Sumber

Baca : Isteri Parking Kereta Sampai ‘Cium’ Grill Pintu Rumah Buat Si Suami Kecut Perut

Leave a Comment