“Aku dengan isteri sangat bahagia, dialah heroin aku dalam rumah, tapi satu benda ni yang buatkan aku jadi bosan, segalanya makin pelik lepas aku tertinggal phone”.
Sy kenal isteri sy masa kami belajar sama-sama dulu.. Perkenalan dekat atas jambatan cinta waktu dia ambil gambar convo.. Dia minta sy tolong ambil kan gambar dia dan kawan2 dia.. Sy ambil kan, then saya edit gambar tu.. Lama betul sy edit.. Dia fikir sy ambil gambar dia lama..
Dia pun dtg dekat sy.. Sy tunjuk gambar yg sy edit.. Sy cuma edit letak tulisan je.. Sudi tak jd isteri sy.. Sy minat dia dari kami first year.. Dia sgt aktif kolej.. Sdgkn sy cuma pelajar biasa.. Tp tu lah.. Sy kumpulkan keberanian sy melamar dia.. Dan tak sangka.. Dia pun menaruh hati juga dekat sy.. Dan kami berkahwin.. Alhamdulillah.. Urusan semua dipermudahkan..
Sekarang kami dah hampir 6 tahun berkahwin.. Anak masih tak ada.. Mula-mula sy okay je.. Tp lama2 sy jadi tertekan.. Mak selalu push sy soal anak.. Dia ckp dia nak cucu.. Hari-hari dia ckp dia teringin nak main dgn cucu.. Sy kesian kan isteri sy.. Selalu kena sindir dgn mak sy.. Jd sy pun buat keputusan utk pindah rumah.. Ye lah.. Sepanjang duduk sekali dgn mak.. Pergerakan isteri sy agak terbatas.. Nak bermanja dengan sy cuma waktu malam dlm bilik.. Tu pun slow2.. Sbb bilik kami bersebelah dgn bilik mak.. Sbb mak ni jenis tidur ayam.. Buat bising sikit je dah terjaga.. Lepas tu nak tidur balik pun susah..
Pindah rumah
Awal pindah mmg mak tak bagi.. Merajuk lah juga dia.. Jenuh sy pujuk dia.. Tp tak jalan juga.. Sy bodek dia dgn mcm-mcm.. Baru lah dia boleh terima.. Tp rajin juga dia datang rumah setiap hujung minggu.. Sy dan isteri tak kisah pun.. Isteri lagi suka.. Dia ckp tak boring..

Isteri sy pandai semua benda.. Serba serbi dia boleh buat.. Memasak, menjahit, menukang.. Barang-barang perabot dekat rumah semua hasil tangan dia.. Mmg kreatif.. Kdg-kdg sy bangga pun ada.. Bila kwn2 dtg rumah, puji hasil kerja isteri..
Namun, manusia tu tak sempurna.. Walaupun dia pandai dlm serba serbi.. Dia masih kurang pandai melayan batin sy.. Dia agak lurus dalam bab-bab ni.. Mungkin sbb tu sy jadi tak bernafsu dengan dia.. Sbb sy jenis cepat hilang mood kalau tengah bersama..
Sy ada juga tanya kwn-kwn sy, berapa kali dlm seminggu diorg bersama.. Ramai yg ckp 2 atau 3 kali seminggu.. Sy cuma sentuh isteri sy sebulan sekali atau dua kali.. Itu pun bukan kerana nafsu.. Tp kerana nafkah.. Kalau ikutkan, sy terseksa juga utk bersama dgn dia.. Mcm sy paksa diri sy utk bersama dgn dia.. Isteri sy tak pernah merungut atau merajuk kalau sy tak bersama dgn dia..
Segalanya kantoi
Ketegangan sy dan isteri bermula bila isteri sy terbaca whatsapp sy.. Kebetulan masa tu, sy tertinggal fon waktu nak ke office.. Entah mcm mana sy terlupa sangat hari tu.. Selalunya, fon tu lah yg sy tak akan tinggal.. Bila sy balik waktu lunch untk ambil fon.. Sy nampak dia duduk atas sofa sambil pegang fon sy.. Muka dia tenang.. Tenang sgt-sgt.. Sy ingat dia buka fb ke main game kat fon sy.. Sbb dia bukan jenis cek hp sy mcm isteri kwn-kwn sy yg lain.. Dia ckp dulu waktu mula-mula kawin, fon tu privacy kita sendiri.. Jd dia mmg tak akan cek.. Sy minta fon dekat dia, and dia pun beri dekat sy..
Sy tengok fon sy, rupa-rupanya dia tengah baca whatsapp sy dgn sorg perempuan rakan kerja dekat whatsapp sy.. Sy jd speechless.. Sy tak tahu nak buat mcm mana.. Sy nak explain dari mana pun sy tak tahu..
Sy cuma ckp dkt dia.. Sy kenal rakan kerja sbb dia budak intern.. Junior kita.. Sy yg incharge bahagian intern.. Sy mengaku dgn isteri yg sy dah terlanjur dengan dia beberapa kali.. Hampir setiap hari di office sy bersama dgn dia.. Dia pandai layan sy.. Tak mcm isteri sy.. Dia buat sy rasa puas sgt.. (part ni sy tak cerita dekat isteri).. Sambil sy explain tu, sy pandang muka isteri.. Tenang sgt2 muka dia.. Sy yg jadi resah dan gelisah.. Sy janji dengan isteri.. Sy tak kan buat lagi apa semua.. Tapi isteri tetap diam.. Muka dia mmg tenang.. Tenang sgt-sgt..
Lepas Asar, isteri rasa gelisah
Sy tanya dia, syg okay ke? Dia diam.. Lama dia diam.. Sy tengok muka dia.. Takde tanda-tanda nak marah atau sedih.. Mmg tenang betul.. Tiba2 dia ckp dekat sy.. Setiap kali lepas asar.. Dlm pukul 5 lebih.. Dia rasa resah dan gelisah.. Rasa mcm ada yg tak kena.. Setiap kali tu lah dia doakan sy balik kerja dgn selamat, dia doakan sy diampunkan dosa sy.. Dia risau takut sy acc1dent atau apa-apa sepanjang perjalanan balik office ke rumah..
Sy terkejut bila dia ckp mcm tu.. Sedangkan waktu tu, sy tengah sedap berprojek dgn rakan kerja sy.. Mmg kami projek selalunya lepas asar.. Waktu yg lain-lain habis waktu kerja..
Lepas isteri ckp mcm tu, isteri senyum kat sy.. Dia tanya sy nak makan apa utk lunch.. Sy ckp sy tak nak makan apa-apa.. Ye lah.. Mcm mana nak makan.. Tengok muka dia pun sy dah kenyang.. Sy tengok dia lagi.. Dia okay atau tak.. Tp dia masih lagi tenang.. Sy betul-betul gelisah sampai sy ambil cuti emergency.. Sy tak dtg office lepas lunch.. Sbb sy nak tengok gelagat dia..
Dia masih lagi masak di dapur.. Sy ikut je belakang dia.. Lepas masak, kami makan.. Then solat zohor.. Lepas tu dia angkat baju dan lipat.. Sepanjang hari tu, sy mmg ikut je dia.. Kadang-kadang dia tengok sy dia senyum balik dekat sy.. Sy mmg gelisah betul hari tu.. Terseksa sy rasa.. Sy langsung tak boleh agak hati dia mcm mana.. Sampai lah ke asar dan maghrib.. Dia masih lagi teruskan rutin harian dia.. Siap tanya sy lagi.. Nak makan apa untuk dinner..
Lepas dinner kami sama-sama solat jemaah.. Then tengok tv.. Dia ajak sy layan movie.. Dia minat sgt cerita harry potter.. Jadi malam tu sy pasang lah.. Dari episode satu sampai episode 3.. Dah nak dekat pukul 1 lebih.. Sy dah mula mengantuk..
Tp isteri tak mengantuk lagi.. Sy ckp dekat dia sy nak tidur.. Sbb sy kerja pagi.. Dia senyum kat sy then dia angguk.. Sy pun masuk bilik tidur..
Tapi tah mcm mana.. Sy terjaga pukul 3 lebih.. Sy pandang kiri isteri tak ada.. Sy risau.. Sy turun bawah.. Sy nampak dia dekat ruang tamu.. Tengah sujud.. Sy pun berdiri kat tepi tangga.. Tunggu dia habis solat..
Tp lama dia sujud.. Lama sgt-sgt.. Hampir 20 minit dia sujud.. Kemudian baru sy nampak dia bg salam.. Sy nak tegur, tp sy dengar dia menangis sambil berdoa..
Walau dimaafkan tapi rasa bersalah tetap ‘menghantui’
Dlm doa dia.. Dia mohon dekat Allah supaya Allah ampun kan dosa sy yg berzina.. 3 kali dia ulang ayat tu.. Dan dia juga doa, mohon Allah ampun kan dosa rakan kerja sy yg berzina tu juga.. Waktu tu, sy terduduk kat tangga.. Dengar doa dia.. Air mata sy menitik dgn sendiri.. Dia doa lagi supaya Allah lembut kan hati sy utk maafkan dia.. Sbb dia tak pandai melayani sy.. Lama dia doa.. Menangis dia atas sejadah..
Sy bangun pergi dekat dia.. Dia menangis dekat sy.. Dia pula yg minta ampun dekat sy.. Sbb sy makan luar kerana dia tak pandai layan nafsu sy.. Dia minta maaf banyak kali dekat sy sebab kekurangan dia..
Sy jadi serba salah.. Sedangkan sy yg sepatutnya minta maaf dengan dia.. Sy cvrang dgn dia.. Sy makan luar.. Sy tak peduli kan dia.. Sy jarang sentuh dia.. Tp masih lagi dia menyalahkan diri dia atas sikap sy..
Lepas malam tu.. Dia mcm biasa balik.. Layan sy mcm sebelum2 ni.. Tanya sy nak breakfast apa, nak lunch apa, nak dinner apa.. Cuma sy yg gelisah tengok dia perangai mcm tu.. Sbb sy expect sy kene marah ke.. Kene maki ke.. Koman2 kene baling pinggan mangkuk ke.. Kene halau ke.. Tp dia diam je.. Sy nak minta tolong kaum hawa dalam ni.. Apa yg sy perlu lakukan.. Sy minta maaf dengan isteri.. Dan isteri maafkan sy..
Tp kenapa sy masih rasa bersalah dengan sikap isteri walaupun dia dah maafkan sy? Apa yg sy perlu lakukan? Sy buntu.. Dah nak 3 minggu rasa bersal4h tu tak hilang.. Terseksanya sy..