Aku jumpa lipstik dalam kereta suami bila aku tunjuk lipstik tu pada suami tapi dia gelak Rupa rupanya

Aku jumpa lipstik dalam kereta suami, bila aku tunjuk lipstik tu pada suami tapi dia gelak. Rupa-rupanya..

Dalam satu video yang dikongsi melalui akaun TikTok bernama @nimaslaputri ini, kesetiaan dan kepercayaannya terhadap pasangannya teruji sejurus selepas dia memasuki kereta yang dipandu oleh suaminya itu.

Menurutnya, selepas sahaja dia memasuki kereta, dia berasa terkejut dan sedih kerana menemui sebatang ‘lipstik’ yang bukan miliknya terselit di pintu tempat duduk penumpang.

“Aku terkejut campur sedih sangat masa masuk ke dalam kereta. Aku jumpa lipstik yang bukan biasa aku pakai,” ujarnya.

Untuk mendapatkan penjelasan sebelum bertindak, dia bertanyakan berkenaan perkara itu terlebih dahulu kepada suaminya.

“Ada kawan-kawan yang tertinggal lipstik tak?” soalnya.

Namun suaminya menjawab bahawa tiada siapa-siapa pun yang tertinggal lipstik dalam keretanya itu. Suaminya itu turut memintanya supaya menunjukkan lipstik tersebut.

Selepas sahaja dia menunjukkan lipstik tersebut, suaminya itu terus ketawa.

Jelas suaminya, lipstik yang menimbulkan syak wasangka kepadanya itu sebenarnya adalah kunci ban kereta.

Sumber

Baca : Tak Sangka Bertemu Sahabat Lama Di Tanah Suci Setelah 15 Tahun Terpisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *