TerasMalaysia

”Aku kahwin dengan kau dah lebih 34 tahun, tak sangka kau sanggup buat macam ni, alasan sampah!”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

”Aku kahwin dengan kau dah lebih 34 tahun, tak sangka kau sanggup buat macam ni, alasan sampah!”. Aku seorang isteri sejak 34 tahun yang lalu, ibu kepada 5 orang anak yang dah besar. Dua orang dah berkahwin dan dah ada dua orang cucu.

Suami seorang pesara perkhidmatan awam begitu juga aku. Kami sama sama bersara sejak setahun yang lepas.

Kami pernah bercita-cita untuk menikmati dunia persaraan dengan tenang, menghadapi usia tua bersama, berjalan melancung sekurang- kurangnya sekali setahun di samping memperbaiki amalan dan menambah saham akhirat bersama- sama.

Suamiku juga seorang yang romantik. Romantik pada pandanganku mungkin tidak pada orang oranglain. Kalau dia balik ke rumah pasti akan mencariku sambil berkata ya isteriku yang manis bak gula, I’m home.

Atau senyap-senyap akan memelukku dari belakang kalau aku tak sedar dia balik. Ramai juga yang mencemburui cara kami ini. Memang bahgia sungguhlah rasanya.

Dan memang aku tidak pernah meragui kesetiaan dan cintanya padaku.

”Aku kahwin dengan kau dah lebih 34 tahun, tak sangka kau sanggup buat macam ni, alasan sampah!”

Suamiku ini nature kerjanya dulu memang sering bertugas luar, out station, sibuk mengalahkan wakil rakyat. Tapi seperti yang aku kata tadilah aku meletakkan sepenuh kepercayaan dan kesetiaan padanya. Aku tak pernah mempersoalkan walaupun balik jam 12 tengahmalam atau 2 pagi, jarang ada di rumah.

Tugas rumah semua atas pundakku. Even mengurus persekolahan anak-anak. Pernah sekali aku minta dia ambil anak dari sekolah sebab aku ada tugas luar dan tak sempat nak ambil anak.

Dia tak tau pun di mana anak- anakku biasa menunggu.

Perjumpaan tiga penjuru anak-anak di sekolah pun dia tak pernah hadir. Dia selalu memberi alasan ada kerja tak sempat. Aku telan saja semua alasannya itu. Mesyuarat PIBG, Majlis penyampaian hadiah hujung tahun lagilah.

Sejak 3 atau 4 tahun kebelakangan ini..romantisnya semakin berkurangan. Tiada lagi kata- kata indah pujian kalau aku pakai baju baru mahupun kata-kata kutukan kalau pakaianku seperti tidak kena pada matanya. Aku tak kisahpun dia nak kutuk sebab pada aku itu tanda dia prihatin dan cakna setiap penampilan ku.

Sejak 4 tahun ini juga hubungan intim kami tidak lagi menarik, hambar dan paling teruk dia tak mendatangiku sehingga 2 minggu sedangkan selama ini kami berhubungan paling kurang dua kali seminggu. Hatiku berkata-kata jugak, adakah aku tidak lagi menarik pada matanya.

Bila ditanya dia akan kata ” abang letih, banyak kerja, dah tua”. So untuk memujuk hati aku berdamai dengan takdir. Tak apalah, aku terima apa saja alasannya dan memujuk hati untuk bersabar dan menerima hakikat kami dah tua.

Aku akan ikut rentak hidup sebagai orang yang dah berumur. Aku tidak mahu meminta lebih-lebih kerana untuk menjaga air mukanya bila bebird nya kadang-kadang tewas di tengah-tengah game.

Adakah tuan-tuan rasa aku tak cukup sporting untuk semua itu.

Pada 8 September 2022 yang lepas aku dikejutkan dengan maklumat yang sangat boleh dipercayai bahawa suamiku ada isteri lain. Lemah longlai rasa jiwa dan raga. Aku tanya terus dengan suamiku kesahihan berita tersebut.

Walau pada awalnya menafikan, tapi aku cakap sudah ada bukti dan tahu di mana rumah perempuan itu. Akhirnya suamiku mengaku dia ada isteri lain dan sudahpun setahun menikah iaitu sejak September 2021 lagi.

Perempuan itu adalah seorang janda sudah dua kali dan suamiku ini suami yang ke tiga. Amboii terornya betina ni fikirku. Umur nya hampir 20 tahun lebih muda dari suamiku dan ada anak seorang.

Ini antara alasan suamiku sebab dia menikah lagi. Alasan yang semuanya aku tak boleh terima.

Alasan 1. Sebab abang kesian perempuan tu susah, kadang-kadang nak makan pun tak ada duit. Perghhh baiknya jantan ni, prihatin sungguh orang makan tak makan. Aku bini pun dia tak pernah tanya ada duit ke tak.

Selama 33 tahun kahwin ini aku yang cover duit lauk-lauk basah ada kau tanya aku cukup duit ke tak. Duit sewa rumah aku pun kau rembat tiap bulan sejak 10 tahun yang lepas lagi. RM450 sebulan masuk akaun kau sebab katanya senang nak pantau penyewa bayar ke tak.

Rumah tu aku masih bayar dengan LPPSA hingga sekarang. Aku yang top up belanja raya setiap tahun. Aku yang setiap bulan akan top up semua belanja yang tak cukup dan tak pernah mintak ganti.

Kau rasa kau mampu sangat ke. Sekarang ni aku buat hati kering je, even telur sebiji pun aku takkan beli dah guna duit aku.

Alasan ke 2, abang perlukan hubungan s3ks, s3ks dan s3ks. Amboiii sampai tiga kali cakap s3ks..macamlah perkasa sangat. Selama kahwin aku tak pernah menolak bila diminta, walau dalam keadaan badan letih baru balik kerja pun aku ikutkan aje.

Kau tak sedar ke kau yang tak layan aku sejak kebelakangan ini, ini nak salahkan aku jugak. Malah kadang kalau aku yang nak pun, kau taknak dengan alasan letih, bebird tak naik.

Heee geramnya jantan tak sedar diri ni, tak mengaku kelemahan sendiri.

Alasan ke 3, mama (panggilannya untukku) pernah tinggi suara dengan abang dan pernah tumbuk abang.

Aku mengaku pernah tinggi suara sebab marah bila dia kantoi ada hubungan dengan seorang betina lain (tahun 2008). Bila aku mengamuk masa tu dia cuba memelukku dan aku cuba nak melepaskan pelukannya, masa tulah aku tumbuk dadanya. Dia mengungkit kejadian yang HANYA SEKALI itu dan menjadikannya alasan.

Allahu Akbar….aku dah mintak maaf lama dah dan dia pun dah maafkan. Tapi kenapa masih diungkit. Maknanya tak maafkan lah tu.

Bila dah kantoi dah ada bini lain ini, tiada lagi kata-kata yang enak dari mulutnya. Bercakap bahasa biasa saja malah kata- kata yang dikeluarkan dari mulutnya selalu saja menyiat-nyiat hatiku, tidak langsung menjaga hati dan perasaanku. Seolah-olah sengaja nak provoke supaya aku marah.

Banyak kali kata-katanya yang mengguris hati tapi aku pendam aje..menangis sendiri masa mandi. Aku semakin tidak mengenalinya. Aku merasakan hubungan kami tiada lagi spark, tiada lagi yang perlu di pertahankan.

Aku sering baca luahan isteri yang kecewa dan tertekan dengan suami tapi pendam sendiri dan akhirnya memakan diri sendiri, disahkan sakit jiwa, perlu jumpa psychiatrist dan sebagainya.

Aku berazam untuk tidak jadi seperti wanita-wanita itu yang rela sakit jiwa, musnahkan bahagia sendiri hanya untuk mempertahankan sebuah perkahwinan..hanya sebab takut bergelar janda.

Aku nekad untuk berpisah sebelum jiwaku lebih parah. Kini aku dalam proses mengumpul bukti sebab-sebab alasan mohon cerai untuk menjawab di hadapan tok kadhi nanti sekiranya ditanya.

Setakat ini aku dah ada 5 bukti utama kata-kata dan perbuatannya yang menyebabkan jiwa aku sakit. Ada banyak lagi yang kecik-kecik, aku kumpulkan juga.

Suamiku tidak pernah mendatangkan kecederaan fizikal yang boleh disahkan oleh doktor dan polis.

Tapi aku merasakan kecederaan mental aku lagi teruk, yang tak dapat dilihat., cuma dirasai dan hanya yang mengalami sahaja yang memahami. Aku sayang diriku sendiri.Hanya aku yang dapat melindungi diri sendiri.

BACA:

Tak sangka ini rupanya punca kenapa kapal terbang tinggalkan asap putih di udara

”Aku macam bermadu, suami aku pun rela je ikut kehendak, habis tu suami kau buat apa?”

Jika seseorang terkena panahan petir, inilah dia 4 pantang larang yang perlu diberi perhatian

Leave a Comment