TerasMalaysia

”Aku macam bermadu, suami aku pun rela je ikut kehendak, habis tu suami kau buat apa?”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

”Aku macam bermadu, suami aku pun rela je ikut kehendak, habis tu suami kau buat apa?”. Aku Bunga, seorang isteri dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 1 tahun.

Tujuan aku menulis disini untuk meluah dan meminta pendapat pembaca. Kisah ini mengenai suamiku dan kakak iparku D.

Aku dan suami berkahwin di usia muda awal 20an dan perkahwinan kami menginjak 3 tahun.

Pada awal perkahwinan, semuanya baik2 sahaja tetapi menginjak pertengahan perkahwinan aku mulai rasa cemburu terhadap D.

Untuk pengetahuan pembaca, aku dan suami duduk bersama ibu bapaku kerana masalah kewangan.

”Aku macam bermadu, suami aku pun rela je ikut kehendak, habis tu suami kau buat apa?”

Ada kalanya selepas pulang bekerja suamiku akan tidur di rumah mertuaku dan aku keseorangan di rumah.

Boleh dikatakan suamiku sangat rapat dengan D. D sudah mempunyai suami tetapi apa2 sahaja yang dia inginkan dia akan meminta kepada suamiku.

Ketika aku masih dalam pantang suamiku kerap ulang alik ke rumah mertuaku disebabkan D ingin meminta tolong suamiku ke supermarket atau apa2 sahaja.

Hari minggu waktu cuti aku inginkan waktu bersama suami tetapi suamiku akan pulang ke rumah mertuaku disebabkan si D.

Kenapa harus suamiku sedangkan dia sudah mempunyai suami?

Nak makan apa2, nak pergi supermaket, beli emas beli itu ini even beli goreng pisang pun semua minta suamiku bawakkan sedangkan dia sudah mempunyai suami (D minta teman sahaja dan bayar sendiri).

Si D juga akan whatsapp menanyakan suamiku dimana kerana ingin meminta tolong. Apa function suami dia?

Sampai satu tahap aku merasa seperti bermadu dengan kakak iparku sendiri. Korang faham tak, macam kena share suami.

Bila aku balik rumah mertua pun mahu ke mana2 D akan minta suamiku teman dan aku ditinggalkan dirumah bersama anak. Sakit hati, sedih semua ada.

Aku ada bincang dengan suami aku juga mahukan masa dan perhatian tapi suami mengatakan dia juga inginkan masa bersama keluarganya.

Salahkah aku juga ingin duduk bersama suami ? Anak juga mahukan perhatian ayahnya.

Waktu awal pantang dahulu aku kerap menangis kerana kesunyian yang melampau sehinggakan aku merasa suamiku ada atau tiada sama sahaja dan sehingga ke harini ini kesunyian itu masih ada.

Dalam seminggu 3-4 kali sahaja suami pulang ke rumah ibu bapaku. Itupun balik kerja dan tidur.

Sebab itulah aku terlampau cemburu kerana D lebih banyak masa bersama suamiku berbanding aku. Normalkah perasaan ini ? Atau aku je yang terlalu sensitive.

Maaf kalau ayat tunggang langgang kerana aku tidak pandai mengarang.

BACA:

Mengaku masih bujang, lelaki ‘kantoi’ gambar isteri lepas ajak bekas kekasih berkahwin

Gara-gara mahu derma darah, pesakit HIV ‘kantoi’ tipu pihak hospital tentang aktiviti seksualnya

Nampak macam aiskrim biasa, tak sangka harga satu hidangan untuk ‘dessert’ ini berharga RM29,000

Leave a Comment