“Aku nak kembali, tapi tak tahu macam mana” – Pempengaruh dedah jiran pemabuk meninggal dalam keadaan yang dicemburui

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Aku nak kembali, tapi tak tahu macam mana” – Pempengaruh dedah jiran pemabuk meninggal dalam keadaan yang dicemburui.

Personaliti media sosial, Don Jany berkongsi kisah iktibar pengakhiran hidup seorang lelaki mabuk yang meninggal dunia dalam keadaan sedang beribadah.

Manusia berubah

Menerusi temu bual sebuah stesen radio, Don Jany berkata lelaki tersebut merupakan jirannya dan dia sering melihat lelaki itu dalam keadaan mabuk selain memiliki sikap yang dingin.

Saya nampak seorang abang ini dia seorang pemabuk, saya nampak dia terbaring dekat tempat parking kereta. Saya pun bantu angkat dia.

Ketika itu saya muda lagi, jadi bila dah buat baik mestilah kita nak orang ucapkan terima kasih tetapi saya rasa kecil hati sebab abang itu tak pernah nak ucap terima kasih dan bila nampak saya pun dia masih buat bodoh.

"Aku nak kembali, tapi tak tahu macam mana" - Pempengaruh dedah jiran pemabuk meninggal dalam keadaan yang dicemburui

Sejak dari itu, pempengaruh tersebut berazam untuk cuba membantu golongan seperti lelaki berkenaan dengan menghasilkan konten positif tentang agama.

Cuma dalam hati saya masa itu, saya terfikir macam mana saya nak buat orang-orang macam ini dekat dengan Allah sebab kita tak boleh nak jangka orang-orang macam ini nak ke masjid untuk pergi belajar, tengok rancangan agama dekat YouTube.

Semasa itu saya baru sahaja masuk kumpulan sukarelawan dan barulah buat konten. Ketika hasilkan konten saya banyak buat tentang jangan menghina orang-orang yang masuk penjara..jangan pandang rendah dengan penagih dadah.

Bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyangka bahawa lelaki tersebut terkesan dengan konten dakwah yang dihasilkannya.

Rupa-rupanya video-video saya sampai dekat abang ni.

Suatu hari, abang ini tengah mabuk dan dia nampak saya kemudian dia tegur.

‘Aku tengok video kau dekat Facebook, aku rasa nak kembali kepada Allah tapi aku tak tahu macam mana’.

Sambil berbual mata dia dah berair dan nampak keikhlasan dia. Bila saya nak balik dia nak peluk dalam keadaan pegang arak. Tapi dia rasa selesa dengan saya.

Setelah beberapa tahun, Don Jany mendapat khabar duka tentang pemergian lelaki berkenaan dan paling memilukan jenazahnya ditemukan dalam keadaan masih berada di atas sejadah.

Saya dapat panggilan mengatakan abang ini dah meninggal dunia. Jadi saya datang, jumpa keluarga dia dan tolong uruskan jenazah. Saya tanya kepada keluarganya, kenapa abang ini meninggal, sakit apa?

Rupanya dia meninggal dunia dia rumah, dia meninggal selepas solat isyak. Dia tidur dekat atas sejadah dan meninggal dalam tidur.

Saya jumpa dia terbaring atas jalan tengah minum arak, tapi Allah tarik nyawa dia dalam keadaan terbaring di atas sejadah.

@zayan.my Tersedar dan Tersentak dengar perkongsian @_donjany tentang seorang lelaki mabuk 😢 #ZAYANshare #Donjany #Dosa #Syurga #Taubat #Rwyfb #Fyp ♬ Depressed feelings, sad piano, BGM(1205827) – syummacha
BACA:
4 penjenayah Malaysia yang sering diingati dan digeruni, nombor 4 tu orang cakap tukar identiti dan tak mati
“Saya ampunkan segala dosa dan harap tak jumpa lagi” – Isteri dedah sisi gelap suami disebalik perwatakan lembut dan sopan
Pekin Ibrahim pukul tukang buat air, intai dan rakam pelakon tambahan wanita, sempat padam dan ajak solat

Leave a Comment